Panas !!! Netizen mula dedah identiti suspek kes buli di media sosial

Berikutan tular video buli oleh netizen membabitkan pelajar lelaki, polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku di sekolah berasrama di Perak, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Panas !!! Netizen mula dedah identiti suspek kes buli di media sosial

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid

“Saya sahkan kejadian buli itu berlaku di negeri Perak semalam dan kita baru sahaja menerima laporan mengenainya.

“Siasatan sudah dijalankan dan saya akan keluarkan kenyataan media nanti,” katanya.

Sementara itu, segelintir netizen mendakwa mereka telah menemui media sosial seperti Instagram dan Faceboook salah seorang suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan mangsa dikepung sekumpulan pelajar selain ditumbuk di bahagian perut sehingga mengundang kemarahan warganet.

BACA JUGA : [Video] Tular video buli di Sekolah asrama penuh terkemuka
Leka ‘mengurut’, 7 wanita tak sempat lari

CATEGORIES