Panas !!! Netizen bengang dengan sikap Dr Noor Hisham

Netizen bengang dengan sikap Dr Noor Hisham. Susulan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham mengeluarkan peringatan kepada Doktor Kontrak yang dijadualkan melakukan mogok pada hari ini, beliau pula didakwa tidak ‘back up’ anak buahnya.

Beliau selaku ‘bos’ kepada ‘anak buah’ (doktor kontrak) sepatutnya berada di depan serta menyokong usaha mereka bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya.

“Sepatutnya bos bekaplah (back up) anak buah…,” kata Mohd Rozee.

“Nasihat untuk anda DG, buat kerja anda, sokong rakan sekerja anda, diam jika anda tidak menyokong mereka… Jangan jadi PN bangsat yang tidak berguna,” tulis Vincent wong.

Rata-rata netizen membidas kenyataan Noor Hisham itu apabila dilihat mementingkan diri sendiri kerana tidak bersama-sama memperjuangkan hak Doktor Kontrak.

“Mengapa anda tidak pernah menyuarakan apabila anda tahu sistem penjagaan kesihatan kami memualkan, berlaku adil kepada pekerja penjagaan kesihatan kontrak.

Netizen

“Jangan pentingkan diri sendiri. Mereka mempunyai hak mereka untuk memperjuangkan hak mereka sendiri. Jangan halang orang daripada berbuat demikian jika anda tidak mampu melakukannya,” kata Mohamad Hafiq.

Malah ada yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan itu salah satu tali barut politik kerajaan PN dan sepatutnya bersuara menentang mereka disaat negara sedang kritikal dalam masalah kesihatan.

“Buat betul-betul, berdiri di belakang mereka TSNH.

“Tiba masanya anda menentang ahli politik dan membuat keputusan yang tepat kali ini dan jangan biarkan Malaysia runtuh,” komen Afdzal Adeni Awang.

“Anda kini hanya satu lagi tali barut politik tanpa tulang belakang. menjengkelkan,”tulis Levin Lam.

Malah ada yang mempersoalkan pendirian Noor Hisham dalam isu ini.

“Wahai TS, Anda berdiri untuk siapa? Rakan sekerja anda? Ahli politik tersayang anda? atau pesakit anda dan rakyat?”soal Poh Soon Keng.

Dalam kenyataan Noor Hisham mengingatkan Doktor Kontrak bahawa mereka telah mengangakat sumpah jawatan dan meminta untuk tidak menyertai mogok yang dirancang hari ini.

“Kepada rakan sekerja junior kami dalam pos kontrak, saya menggesa anda semua, tolong jangan sertai demonstrasi dan tinggalkan tugas anda kepada pesakit anda.

“Ingatlah bahawa banyak kehidupan berada di talian dan demonstrasi boleh menjejaskan hidup mereka dan juga kerjaya anda,” kata Noor Hisham.

Dianggarkan lebih 4000 Doktor Kontrak akan melakukan hartal atau mogok pada hari ini bagi mendesak kerajaan menunaikan tuntutan golongan berkenaan.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/dg-pentingkan-diri-sendiri-tidak-back-up-anak-buah-kata-netizen/

Jika Terlepas: Panas !!! Pembantu Rina sahkan majlis Serikandi Bersatu dimana aksi joget berlaku

COMMENTS

Wordpress (0)