Panas !!! Nazri umum bakal bersara dari dunia politik

Nazri

Nazri umum bakal bersara dari dunia politik. Nazri Aziz akan bersara dari politik setelah enam penggal menjadi Ahli Parlimen, dan tidak akan bertanding dalam PRU15.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu memberitahu FMT, beliau berniat untuk berundur daripada arena politik sejak dua PRU lalu, namun akur kepada kehendak pemimpin Umno dan pengundi yang mahukannya terus berkhidmat.

Nazri yakin sekarang adalah waktu yang tepat untuknya bersara kerana generasi pemimpin Umno seterusnya seperti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Hishammuddin Hussein semakin mengukir nama dalam parti dan negara.

“Saya rasa, ketika kami (Barisan Nasional) kalah dalam PRU 2018, ada hikmahnya kerana selepas itu, kami tidak dapat jadi kerajaan dan tidak lagi memiliki kuasa membentuk Jemaah Menteri. Jadi, jauh lebih mudah (untuk berundur).

“Zaman kegemilangan (saya) akan berakhir, tapi tidak apa. Saya puas nikmati masa saya dalam politik. Saya berusia hampir 70 tahun sekarang, jadi berundur dengan cara baik sangat penting (bagi saya),” kata Nazri, 67.

Nazri

Tambahnya, ada ramai ahli politik baharu bersedia menggantikannya pada masa ini. Beliau yakin keputusannya untuk bersara akan mendapat persetujuan parti dan pengundi Padang Rengas.

“Saya sudah bertahun-tahun mendokong amanah rakyat. Saya bermula sebagai pengerusi MARA pada 1990 selama lima tahun, berkhidmat sebagai timbalan menteri selama lima tahun, menteri selama 19 tahun dan Ahli Parlimen sejak 1995. Saya juga menjadi Senator pada 1990.

“Saya telah luangkan banyak masa untuk berkhidmat kepada rakyat, jadi kenapa perlu ada penyesalan?” katanya.

Ditanya siapa yang beliau cadangkan sebagai pengganti untuk mempertahankan kerusi Padang Rengas pada PRU15, Nazri berkata, keputusan itu bukan di tangannya.

Nazri dikenali sebagai Ahli Parlimen Umno yang lantang bersuara. Beliau antara ahli parti yang mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan perbalahan dalaman parti.

Sebelum itu, beliau mahukan Muhyiddin Yassin mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri tetapi kemudian mengubah fikiran dan memutuskan untuk menyokong Muhyiddin.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/28/nazri-bersara-dari-politik-tidak-akan-bertanding-pada-pru15/

BAca: Tuan asyik berada di rumah waktu pandemik, kucing rasa tertekan

COMMENTS

Wordpress (0)