Panas !!! Najib gesa RMK-12 yang diumum PM perlu disemak semula

Najib

Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) perlu disemak semula kerana pembentangannya sudah terlewat setahun, kata Datuk Seri Najib Razak.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, ini kerana RMK-12 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam merangkumi tahun 2021 yang kini telah menjelang penghujungnya.

Justeru bekas Menteri Kewangan itu berpandangan, RMK-12 disemak semula supaya lebih tepat berdasarkan keadaan semasa.

Najib gesa RMK-12 yang diumum PM perlu disemak semula

“Hakikatnya, kita sudah terlewat setahun membentangkan RMK-12 yang merangkumi tempoh tahun 2021 hingga 2025 memandangkan kita kini sudah sampai ke penghujung tahun 2021.

“Ini disebabkan ketidaktentuan yang berpunca dari pandemik Covid-19 yang belum selesai. Oleh itu, saya berpandangan ada keperluan bagi RMK-12 disemak semula setahun kemudian supaya ianya lebih tepat dan berdasarkan kepada keadaan sebenar semasa itu.

“Ini disebabkan ketidaktentuan yang berpunca pandemik yg belum selesai jd saya berpandangan ada keperluan RMk12 ini disemak semula mungkin setahun, dalam masa setahun, supaya ianya lebih tepat dan berdasarkan kepada keadaan sebenar semasa itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika memulakan perbahasannya untuk RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada awal ucapannya, Najib yang juga bekas Perdana Menteri menyifatkan matlamat dan sasaran pelan RMK-12 sebagai usaha yang terpuji.

“Syabas saya ucapkan kepada YAB Perdana Menteri, kerajaan termasuk penjawat-penjawat awam atas pembentangan rancangan yang komprehensif dengan sasaran-sasaran yang murni ini,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/28/pembentangan-rmk-12-terlewat-setahun-perlu-disemak-semula-najib/

BACA JUGA : Kos ubahsuai Seri Perdana telan belanja RM30 juta – PM

COMMENTS

Wordpress (0)