Panas !!! Najib cadang ‘total lockdown’ paling ketat 7 hari

Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak (BN-Pekan) mencadangkan sekatan pergerakan penuh paling ketat jika kapasiti unit rawatan rapi (ICU) mencecah angka 85 peratus di mana-mana negeri.

“Jangan lockdown berbulan-bulan lamanya,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kerajaan terdahulu telah mensia-siakan peluang ketika menjalankan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama dan kedua secara “separuh masak”.

Najib cadang 'total lockdown' paling ketat 7 hari

Katanya, ekonomi tidak akan pulih selagi Covid-19 tidak berjaya dikawal, rakyat rasa tidak selamat dan pelabur tidak berminat, walaupun kadar vaksinasi tinggi.

Namun, katanya, sekatan penuh berbulan-bulan bukan penyelesaiannya.

“Kita perlu tahu empat bulan empat hari lockdown, bermula 12 Mei lalu satu tempoh yang panjang. Macam mana peniaga boleh bertahan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591472

BACA JUGA : Panas !!! MoU : Shafie ‘serang’ PH di Dewan Rakyat

COMMENTS