Panas !!! MP Umno sudah kembali sokong Muhyiddin, dedah Nazri

MP Umno sudah kembali sokong Muhyiddin, dedah Nazri. Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz mengesahkan pertemuan 40 Ahli Parlimen BN di Parlimen pada Khamis lalu.

Menurut Nazri, semua ahli parlimen berkenaan telah menyuarakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kecuali Presiden Umno dan Ahli Parlimen Bagan Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Malahan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob, yang menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada bulan Januari, telah memutuskan kembali menyokong kerajaan PN, kata Nazri lagi.

Umno is not a communist party, says Nazri after gag order | The Star

“Saya mengesahkan pertemuan 40 ahli Parlimen BN itu adalah benar-benar berlaku. 40 ahli Parlimen BN yang menyokong keputusan mengekalkan kerajaan PN termasuklah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

“Najib sememangnya menyokong kerajaan PN, bagaimanapun beliau meminta Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) meletakkan jawatan Perdana Menteri.

“Itu sahaja nada berbeza beliau sewaktu mengadakan sidang media di Parlimen selepas itu,” kata Nazri, lapor Astro Awani semalam.

Sahfri ini siapa?

Pemimpin Umno Padang Rengas itu juga membidas Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz yang mengatakan sokongan ahli parlimen BN yang dikeluarkan atas nama Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada hari Khamis sebagai tidak benar.

“Mohamad Sahfri ini siapa? Beliau ahli Parlimenkah? Bagaimana beliau boleh bercakap bagi pihak Ahli-ahli Parlimen BN?

“Semua ahli Parlimen BN bersetuju melantik Ismail Sabri sebagai ketua whip kita di Parlimen. Jadi beliau berhak untuk menggunakan lambang BN bagi menyatakan perkara sebenar yang telah berlaku.

“Memandangkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi positif Covid-19 dan terpaksa kuarantin di rumah, maka Ismail Sabri merupakan wakil ahli Parlimen BN bagi membuat keputusan penting sebegini.

“Takkan kerana Zahid tiada, maka keputusan tidak boleh dibuat? Jadi Mohd Sahfri tidak ada hak bagi menafikan sokongan kami,” kata Nazri.

Jelas Nazri, dia hadir dalam pertemuan yang berlangsung di Tingkat 3 bangunan baru Parlimen dan walaupun ada tiga atau empat ahli parlimen BN tidak datang namun mereka juga menyokong keputusan yang dibuat itu.

Pada Khamis, perselisihan meletus mengenai kesahihan kenyataan yang mendakwa hampir semua ahli parlimen BN menyokong Muhyiddin kekal sebagai perdana menteri.

Kenyataan yang dipertikaikan itu ditandatangani oleh Ismail Sabri, yang mendakwa timbalan perdana menteri itu mempengerusikan mesyuarat yang melibatkan 40 ahli parlimen BN, yang secara bulat menyokong kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin.

Bagaimanapun, Mohamad Sahfri kemudian mengeluarkan kenyataan lain yang mengecam kenyataan yang dikatakan oleh Ismail Sabri itu sebagai palsu.

Untuk rekod, BN mempunyai 42 ahli parlimen, 38 Umno, dua MCA, satu MIC dan satu PBRS.

Pertikaian mengenai kedudukan Muhyiddin dan PN timbul susulan teguran keras Istana Negara terhadap Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun mengenai isu pembatalan ordinan darurat.

Menurut Istana Negara, Agong tidak memberi perkenan pembatalan peraturan darurat dan menuduh Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585421

BACA JUGA : Lelaki tular terbaring di tepi jalan Kuala Langat sah mati kerana Covid-19

CATEGORIES