Panas !!! MP Pas dakwa ada perkembangan ‘mengejutkan’ bakal berlaku

Umno

Ahli-ahli Parlimen Pas tetap menyokong pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi satu mesyuarat tergempar malam tadi, ketetapan itu diambil setelah UMNO menarik sokongan terhadap PN dan juga Muhyiddin.

“Pas kekal dengan keputusan ini. Jika ada yang kata ada majoriti, sila datang dengan bukti.

“Selain itu, ada perkembangan yang mengejutkan juga, cuma saya tak boleh nak cakap,” kata seorang Ahli Parlimen Pas kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata, kesemua 18 ahli Parlimen Pas kekal dengan keputusan itu.

pas

Terdahulu, UMNO telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan PN kerana merasakan pentadbiran kerajaan hari ini gagal menangani pelbagai masalah termasuk ingkar titah Seri Paduka Baginda untuk membentang seterusnya membahaskan usul Ordinan Darurat di Dewan Rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media pada Selasa turut berkata, partinya sudah menghantar surat akuan kepada Seri Paduka Baginda dengan angka yang menunjukkan PN sudah hilang majoriti.

Sebelum itu, dalam satu perhimpunan di Dataran Merdeka para pemimpin pembangkang memaklumkan seramai 107 ahli Parlimen menyatakan tidak menyokong PN dan Muhyiddin dan jumlah itu tidak temasuk UMNO.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/04/pas-kekal-sokong-muhyiddin-siapa-ada-majoriti-sila-tampil/

 

BACA JUGA : Panas !!! 11 MP bersama Zahid, sah Muhyiddin hilang majoriti

COMMENTS

Wordpress (0)