Panas !!! Mokhtar Senik tanya mana pergi peruntukan kepada pondok, tahfiz?

Mokhtar

Mokhtar Senik tanya mana pergi peruntukan kepada pondok, tahfiz.Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik mempersoal peruntukan bantuan kerajaan terhadap sekolah pondok ketika sebanyak RM15 juta telah diluluskan kepada sekolah swasta yang menggunakan sistem UEC.

Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengakui “tersentuh” hatinya apabila peruntukan sebanyak itu dinikmati 63 buah sekolah berbahasa pengantar Mandarin itu.

Beliau mengingatkan tidak cukup hanya diumum kelulusan projek sekiranya peruntukan tersebut tidak dinikmati pihak yang sepatutnya.

“Sebagai pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia tercuit juga hati bila anak-anak buah (250 buah pondok di bawah PMPS) bertanya mana bantuan untuk pondok di bawah kerajaan Melayu Islam di era Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri?

Mokhtar

“Bila ditanya kepada pihak atasan mereka akan jawab peruntukan dah lulus RM100 juta untuk semua sekolah tahfiz dan pondok-pondok. Bila diberitahu lulus sahaja tidak memadai kalau tak diturunkan ke bawah.

“Mereka jawab dah agih RM 60 juta. Bila ditanya berapa buah tahfiz dan pondok yang dapat? Mereka jawab hanya sekolah tahfiz dan berdaftar sahaja yang dapat,” katanya dalam di hantaran Facebook hari ini.

Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim mendedahkan Kementerian Kewangan pada 23 September lalu memaklumkan bahawa peruntukan RM15 juta akan disediakan untuk 63 sekolah persendirian Cina.

Mengulas lanjut, Mokhtar mendakwa hampir 100 buah pondok di bawah PMPS yang berdaftar belum menerima apa-apa peruntukan.

“Dibimbangi RM40 juta yang berbaki itu pun juga tidak turun ke bawah juga,” kata pemilik Pondok An- Nuur di Kampung Kuala Penor, Kuantan berkenaan lagi.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/ulama-pas-tanya-mana-bantuan-untuk-sekolah-tahfiz-di-bawah-kerajaan-melayu-islam/

BACA: Berkelah tapi tak lengkap vaksin, 8 individu dikompaun

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! Mokhtar Senik tanya mana pergi peruntukan kepada pondok, tahfiz? […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! Mokhtar Senik tanya mana pergi peruntukan kepada pondok, tahfiz? […]