Panas !!! Melaka bakal darurat? Ini jawapan PM

Melaka

Melaka bakal darurat? Kerajaan akan membuat keputusan minggu depan, sama ada akan menasihatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Sultan Nazrin Muizzudin Shah dalam proses mendapat taklimat daripada beberapa pihak berhubung perkara berkenaan, sebelum membuat keputusan.

Beliau berkata, Jemaah Menteri membincangkan isu PRN Melaka dalam mesyuarat hari ini, namun tidak sebarang keputusan.

“Tadi kita adakan mesyuarat Kabinet, dan bincang tentang situasi di Melaka. Kita belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Ini kerana saya difahamkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong akan mendapatkan taklimat daripada Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Melaka

“Jadi kita tunggulah selepas taklimat kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

“Kabinet akan membuat keputusan minggu depan,” katanya selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan untuk kerajaan menasihatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi menangguhkan PRN di negeri itu.

Sebelum ini, beberapa pakar Perlembagaan dan kesihatan awam menyifatkan proklamasi darurat sebagai penyelesaian terbaik bagi mengelak PRN Melaka ketika negara masih berdepan wabak COVID-19.

Ia berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan situasi pandemik di Malaysia akan kembali serius jika PRN Melaka diadakan, seperti yang berlaku selepas PRN Sabah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, memohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa 4 Oktober lalu selepas beliau hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam memperkenan permohonan pembubaran.

Mengikut Perlembagaan negeri, PRN perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.

Ketika ini, jumlah kes harian COVID-19 di Melaka antara 200 hingga 300 jangkitan sehari, manakala kadar pelalian lengkap bagi seluruh pendudk di negeri itu 64.7 peratus, dan 88.6 peratus bagi penduduk dewasa.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/873957/darurat-di-melaka-tunggu-minggu-depan-pm

BACA: Melalui semangat ‘Keluarga Malaysia’, harga ayam kini RM8.70 sekilogram – KPDNHEP

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Panas !!! Melaka bakal darurat? Ini jawapan PM […]