Panas !!! Kos pengurusan jenazah Covid-19 cecah RM9,000, ini penjelasan Hospital

Panas !!! Kos pengurusan jenazah Covid-19 cecah RM9,000, ini penjelasan Hospital

Kos pengurusan jenazah Covid-19 cecah RM9,000.Hospital Sungai Buloh nafi mengenakan caj pengurusan jenazah pesakit COVID-19 hingga RM9,000 seperti yang ditularkan baru-baru ini.

Sebaliknya Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur Prem Singh, berkata pihak Jabatan Forensik hospital itu tidak terbabit sama sekali dalam mengenakan caj kepada waris si mati.

“Untuk makluman, Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hanya terbabit dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah daripada wad hingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah COVID-19 dan bukan COVID-19 sahaja.

pengurusan

“Pihak Jabatan Forensik tidak sama sekali terbabit dalam mengenakan caj kepada waris si mati sebaliknya semua waris perlu berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” katanya hari ini.

Sebelum ini, satu visual suara tular di WhatsApp mengenai caj pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang mencecah sehingga RM9000.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/841907/hospital-sungai-buloh-tak-caj-pengurusan-jenazah

Jika Terlepas: Gempar !!! Syed Saddiq didakwa di mahkamah hari ini