Panas !!! Ketika masyarakat Muslim Amerika pilih Biden, pemimpin Pas harap Trump menang

Panas !!! Ketika masyarakat Muslim Amerika pilih Biden, pemimpin Pas harap Trump menang

Sebahagian besar warga Amerika Syarikat yang beragama Islam mengundi calon Democrat Joe Biden dalam pilihan raya Amerika Syarikat 2020 pada Selasa (3 Nov). Lebih tepat lagi, 69 peratus Muslim Amerika menyokong Encik Biden.

Demikian lapor agensi berita Anadolu, menukil tinjauan ke atas pengundi yang dilakukan Pejabat Perhubungan Islam Amerika (CAIR).

Badan hak sivil bagi masyarakat Muslim yang terbesar di Amerika itu melaporkan bahawa rakyat Muslim Amerika yang datang mengundi amat tinggi tahun ini – 84 peratus menyertainya.

Hanya 17 peratus dari 844 pengundi mendaftar dan menyertai tinjauan itu menyokong President Donald Trump.

Jumlah itu bagaimanapun menunjukkan bahawa Trump meraih 4 peratus lebih banyak undi daripada penyokong Muslim berbanding pilihan raya 2016.

“CAIR ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih daripada satu juta pengundi rakyat Muslim Amerika, yang menyertai bilangan ‘pecah rekod’ pengundi pilihan raya ini,” kata Pengarah Eksekutif CAIR, Encik Nihad Awad, dalam satu kenyataan.

“Keupayaan kuat masyarakat Muslim bagi memberi kesan terhadap keputusan pelbagai perjuangan di negara ini – termasuk pilihan raya presiden – diiktiraf dari segi nasional oleh calon-calon pilihan raya dan media,” tambah Encik Awad.

Berjuta-juta rakyat Amerika bergegas ke pusat-pusat mengundi pada Selasa (3 Nov) untuk memilih presiden ke-46 negara itu serta wakil-wakil Dewan Kongres bagi Rumah Putih dan Senat.
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/hampir-70-rakyat-muslim-amerika-undi-joe-biden/4532256.html?cid=berita-fb

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda Pas yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari hari ini berkongsi ciapan daripada Trump yang akan membuat sidang media mengumumkan kemenangannya dengan caption “Strong, Formidable and convincing… BTW, hope this guy will be the winner”.

Ternyata tweet itu menimbulkan rasa kurang senang pengguna Twitter dengan bertanya mengapa beliau berharap agar Trump menang.

Menjawab persoalan netizen itu, Fadhli menjawab “Kedua2nya yg bertanding sama bahaya, tp jika Trump menang, Amerika akan terus lemah. Dan tidak ada saat Amerika paling lemah dari sudut ekonomi dan politik kecuali ketika Trump sbg president”

Namun ternyata jawapannya itu mengundang reaksi balas pelbagai daripada pengguna twitter yang lain yang menganggap beliau hanya melihat dari satu sudut sahaja tanpa melihat sudut-sudut yang lain.

Pengguna twitter bernama an4is menulis :

Sebab tu je ? Sebab dari sudut ekonomi SAHAJA ? Orang ramai kat us tu dizalimi weh , dianiaya Trump dan kau cuma pandang dari sudut ‘ekonomi’ je ? Empati kau mana ?

Pengguna twitter bernama Enemies of Stupid Ministers menulis :

Islam di US dan negara luar makin teraniaya dengan white supremacy yang semakin merancak di bawah pemerintahan Trump.Tapi takpe kite pandang sudut ekonomi sebab PAS dah celik ekonomi dah kot ?

Pengguna twitter bernama No Futher Action menulis :
Silap haribulan orang islam dekat america mati kene bunuh dengan white supremacists.

Berita penuh :

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/hampir-70-rakyat-muslim-amerika-undi-joe-biden/4532256.html

Panas !!! Pemuda Pas berharap Donald Trump menang