Panas !!! Kerjasama dengan Bersatu? Ini penjelasan Pejuang

Kerjasama dengan Bersatu? Ini penjelasan Pejuang. Pejuang menafikan sekeras-kerasnya laporan mengatakan parti itu akan kembali bekerjasama dengan Bersatu seperti yang didakwa, kata Ketua Penerangan, Ulya Aqamah Husamudin.

Beliau berkata, tuduhan liar itu cuba mencalar reputasi parti kerana Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berulang kali dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

“Andai Pejuang berniat untuk kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional, tidak perlu pihak kami bertungkus-lumus berusaha mendapatkan kelulusan parti. Lebih baik sahaja kami kembali kepada parti lama,” katanya dalam kenyataan.

Semalam tular gambar menunjukkan sebuah kenderaan berlogo Pejuang di hadapan pejabat Bersatu Bahagian Jasin yang didakwa memberi gambaran kerjasama antara dua parti terbabit kembali dibentuk menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bersatu

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berita palsu yang tidak sepatutnya berlaku, Ulya berkata Biro Politik Pejuang tidak pernah berbincang mengenai kerjasama berkenaan dan fokus parti ketika ini adalah perbincangan menangani Covid-19 dalam kerangka Majlis Pemulihan Negara yang dicadang.

Beliau juga menegaskan pendaftaran Pejuang tidak membabitkan “pintu belakang” atau percaturan politik, seperti yang cuba disensasikan oleh segelintir pihak.

“Di sini diperjelaskan bahawa pendaftaran Pejuang pada 8 Julai adalah selari dengan keputusan mahkamah yang memberi 14 hari kepada Kementerian Dalam Negeri untuk membuat keputusan kepada rayuan pendaftaran kami.

“Tiada perbincangan belakang atau percaturan politik, keputusan ini adalah hasil keputusan mahkamah,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, Mahathir mengumumkan bahawa Pejuang telah didaftarkan sebagai parti yang sah.

Pada 1 April lalu, Pejuang memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu selepas Jabatan Peguam Negara tidak membantah permohonan parti berkenaan.

Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan JPPM sebagai responden pertama serta kedua.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/13/pejuang-nafi-kerjasama-dengan-bersatu/

jika Terlepas: 8 tompok air mani ditemui pada sarung tilam di rumah Adun Tronoh