Kenyataan Speaker bukti Proklamasi Darurat tidak akan dibahas

Kenyataan Speaker bukti Proklamasi Darurat tidak akan dibahas.

Usul yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sidang Parlimen hujung bulan ini ditolak oleh Dewan Rakyat.

Demikian menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, yang turut memberikan sebab dalam suratnya kepada Anwar.

Azhar berkata, notis untuk persidangan khas dikeluarkan pada 15 Julai manakala usul yang diserahkan oleh Anwar bertarikh 12 Julai. 

Sebelum ini, Anwar mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya proklamasi darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang tetapi turut dibahas dalam sidang akan datang.

Kenyataan Azhar sekaligus mengesahkan bahawa proklamasi darurat serta ordinan-ordinan Darurat tidak akan dibahas dalam sidang akan datang walaupun Yang Di-Pertuan Agong menitahkan bahawa ianya perlu dibahas.

Demikian menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, yang turut memberikan sebab dalam suratnya kepada Anwar.

Azhar berkata, notis untuk persidangan khas itu dikeluarkan pada 15 Julai manakala usul yang diserahkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu pada 12 Julai.

“Pada ketika Datuk Seri mengemukakan usul ini, pemberitahu sidang khas masih belum diedarkan yang mana ia hanya diedarkan pada Khamis, 15 Julai 2021.

“Maka, usul Datuk Seri tidak teratur kerana telah dikemukakan sebelum pemberitahu tersebut diedarkan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya proklamasi darurat serta ordinan-ordinannya tidak hanya dibentang tetapi turut dibahas dalam sidang akan datang.

Namun, Azhar menolak usul itu atas alasan teknikal tanpa membuat sebarang pengesahan bahawa kerajaan sudahpun berniat membenarkan perbahasan itu.

Ini sekaligus bermakna proklamasi darurat serta ordinan-ordinan Darurat tidak akan dibahas dalam sidang akan datang walaupun Yang Di-Pertuan Agong menitahkan bahawa ianya perlu dibahas.

Seharusnya, perbahasan itu diusulkan oleh pihak kerajaan sendiri dan bukannya oleh ahli parlimen pembangkang.

Berita Penuh : https://www.thethirdforce.net/kenyataan-speaker-bukti-proklamasi-darurat-tidak-dibahas-walaupun-dititahkan-agong/

BACA JUGA : Gempar !!! 7 Ahli Parlimen buat laporan Polis terhadap Menteri Kesihatan