Panas !!! Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai kanan polis

Kekasih usahawan kosmetik Nur Sajat, Jad Issa mencetus kontroversi apabila secara tiba-tiba ‘menyerang’ pegawai kanan polis negara ini.

Melalui satu hantaran di InstaStory, lelaki dikenali sebagai Jadoos itu memuat naik sekeping gambar mempersendakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dengan meletakkan topi di kepala dan berkaca mata hitam.

Kekasih Sajat 'serang' pegawai kanan polis

Selain itu, tangan kanan pegawai tersebut memegang pizza manakala tangan kirinya pula memegang air minuman.

Motif sebenar Jadoos yang merupakan warga Lubnan berbuat demikian bagaimanapun masih lagi menjadi tanda-tanya.

Sajat (kanan) bersama kekasihnya Jadoos (kiri)

Sebelum ini Abd. Jalil mengesahkan Sajat ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok, Thailand bersama seorang lelaki berperwatakan seperti wanita warganegara tersebut ketika serbuan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Polis Diraja Malaysia kemudian membuat permohonan kepada pihak berkuasa Thailand bagi membolehkan Sajat dibawa pulang ke negara ini untuk membantu siasatan dan perbicaraan kes mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/18/kekasih-sajat-serang-pegawai-polis/

BACA JUGA : Setelah gagal dibawa pulang, Sajat kembali beraksi di media sosial

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai kanan polis […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai kanan polis […]