Panas !!! Kejadian aneh ribuan burung pipit jatuh ke bumi cetus kekalutan

Sejumlah ribuan burung pipit didakwa gugur ke Bumi ‘menghujani’ sebuah kawasan tanah perkuburan di Banjar Sema Pring, Bali pada Khamis baru-baru ini.

Fenomena aneh tersebut disaksikan oleh seorang penduduk, Kadek Sutika yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya sekitar pukul 8 pagi.

Jelas Kadek, yang anehnya ketika itu, hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba sebelum disusuli kejadian ribuan jumlah burung pipit yang jatuh dari udara.

Kejadian aneh ribuan burung pipit jatuh ke bumi cetus kekalutan

“Saya tengok kat kawasan kubur, ramai budak kecil dah ambil burung-burung tu. Saya lihat ada banyak burung kat bawah pokok, ada yang mati, ada yang masih hidup.

“Banyak sekali yang jatuh dan mati, jumlahnya lebih seribu,” katanya, memetik laporan Kompas.

Dalam pada itu Kadek berkata, burung-burung tersebut sering bertenggek di atas dua batang pokok berhampiran dengan tanah perkuburan itu sejak lima hari sebelumnya.

Sementara itu, fenomena aneh tersebut dimaklumi Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan Wilayah Gianyar, Made Santiarka dan beliau mengesahkan bahawa jenis burung berkenaan ialah pipit.

Difahamkan, sejumlah bangkai burung pipit itu telah dibawa ke makmal sebagai sampel bagi tujuan diagnosis dan siasatan selanjutnya.

Made berpendapat, antara punca kejadian adalah kerana faktor cuaca yang ekstrim iaitu hujan lebat dan angin kencang hingga burung berkenaan tidak mampu bertahan sebelum lemah dan terjatuh.

“Kerana hujannya terlalu lebat, kan jelas ada tekanan udara yang rendah. Dengan rendahnya tekanan udara ini (maka) burung-burungnya enggan lari (selamatkan diri).

“Mereka bertahan saja, diam dan basah kuyup. Itu menyebabkan mereka sakit dan mati dan memang kekuatan burung itu berbeza dengan kekuatan lainnya,” katanya.

Jelas Made, cuaca ekstrim yang dimaksudkan adalah tempoh peralihan musim dari musim kemarau ke musim hujan lebat yang melewati kini.

Bagaimanapun difahamkan, masih ada sejumlah burung pipit itu yang berjaya bertahan hidup kerana dapat sinaran cahaya matahari selepas kejadian tersebut.

Dalam masa sama, Balai Konservasi dan Sumber Daya Alam Bali mengesahkan, punca sebenar kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak mereka.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/11/video-tular-fenomen-aneh-ribuan-burung-pipit-jatuh-di-bali-ini-mungkin-jadi-punca/

BACA JUGA : Setelah teruk dihentam orang ramai, Masjid Putra akhirnya mohon maaf

COMMENTS