Panas !!! Kehadiran Azalina di kerusi Speaker gamatkan Dewan Rakyat petang ini

Datuk Seri Azalina Othman Said ‘mengejutkan’ ahli Dewan Rakyat selepas muncul semula di kerusi speaker bagi mempengerusikan sesi petang Sidang Parlimen, di sini hari ini.

Kemunculan Ahli Parlimen Pengerang itu dilihat menimbulkan beberapa reaksi daripada ahli Parlimen, termasuk ada yang mengucapkan ‘selamat kembali bertugas’.
.
Bagaimanapun, Azalina menjelaskan beliau hanya diminta untuk mempengerusikan persidangan buat sementara waktu.

Kehadiran Azalina di kerusi Speaker gamatkan Dewan Rakyat petang ini

Ini mutaah, respon pendek Azalina dalam nada berseloroh.

INI SISI TV PARLIMEN ASTRO AWANI

“Saya telah diminta oleh Yang di-Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 7(3), diminta untuk mempengerusikan mesyuarat sementara waktu,” kata beliau di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (PKR-PH) kemudian bangkit mempersoalkan adakah tindakan tersebut dilakukan mengikut prosedur yang betul atau sebaliknya.

“Pagi tadi Tuan Speaker berada sebagai backbancher, tetapi petang ini tiba-tiba mempengerusikan mesyuarat ini. Saya tiada masalah, hanya adakah ini prosedur yang betul?

“Kita bermesyuarat dan membincangkan Titah Diraja dan tiada pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan ini tentang penggantian yang begitu mudah, adakah peraturan mesyuarat itu digunapakai dengan sebetulnya?,” soalnya.

Azalina kemudian berseloroh: “Ini macam ‘mutaah’, sekejap saja. Mungkin hari Isnin atau Selasa, orang lain.”

Mengikut Peraturan Mesyuarat 7(3) menyatakan pada bila-bila masa mesyuarat bersidang, Tuan Yang di-Pertua boleh meminta seseorang ahli mempengerusikan mesyuarat itu bagi sementara dengan tidak payah diberitahu Majlis.

Mesyuarat dengan secaranya dan ahli yang mempengerusikan ini tetaplah terserah kepadanya semua kuasa-kuasa Tuan Yang di-Pertua sehingga Tuan Yang di-Pertua balik semula mengetuakan mesyuarat.

Sementara itu, sewaktu Azalina menjemput Datuk Seri Ahmad Maslan membahaskan Titah DiRaja dalam sidang petang berkenaan, beliau secara spontan memanggil Ahli Parlimen Pontian itu, ‘bakal Timbalan Speaker’.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/azalina-kejutkan-dewan-rakyat-kembali-pengerusikan-sidang-parlimen-319902

BACA JUGA : Azalina desak RUU antilompat parti dibentangkan segera

COMMENTS