Panas !!! Jangka hayat kerajaan PN berakhir

Sumber

Panas !!! Jangka hayat kerajaan PN berakhir. Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkan jawatan selepas parti-parti luar daripada gabungan itu menolak kerjasama rentas parti yang ditawarkan, kata Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata, jangka hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berakhir dengan penolakan tersebut, justeru Muhyiddin perlu berundur tanpa menunggu keabsahannya ditentukan oleh Parlimen pada bulan depan.

Katanya, usaha kerjasama rentas parti yang diumumkan semalam merupakan satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini untuk mengekalkan kuasa yang ada.

“Apabila tawaran itu ditolak, Muhyiddin tidak mempunyai dahan lagi untuk berpaut dan perlu meletakkan jawatan secara terhormat bagi mengembalikan mandat rakyat kepada perdana menteri yang mempunyai sokongan yang cukup.

“Muhyiddin juga tidak berhak menyatakan pandangannya bahawa tiada siapa yang layak menjadi perdana menteri kerana soal pelantikan tersebut merupakan keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sumber jangka hayat

Ahmad berkata, peletakan jawatan itu membolehkan Agong, melaksanakan tanggungjawab mengikut Perkara 40 (2) untuk melantik seorang perdana menteri baharu dalam kalangan ahli Dewan Rakyat.

Dalam sidang media semalam, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti atau sokongan bi-partisan kepada pembangkang termasuk peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen serta melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi.

Bagaimanapun, Maslan berkata, Muhyiddin tidak perlu menggariskan pelbagai perkara bagi memastikan cadangan kerjasama rentas parti diterima kerana ia sesuatu yang tidak praktik untuk dilaksanakan.

“Kami (Umno) menunggu sehari dua ini, apakah langkah yang akan dilakukan oleh Muhyiddin bagi melanjutkan usia jawatan perdana menteri yang kini telah berada di hujung tanduk,” ujarnya.

Jelasnya, walaupun tindakan Muhyiddin semalam boleh disifatkan sebagai tawaran berunsur rasuah di khalayak awam, namun katanya, tidak mungkin Ahli Parlimen Pagoh itu hendak melanggar undang-undang secara terang-terangan.

Disoal mengenai pendirian Umno, Ahmad menegaskan parti tersebut kekal dengan keputusan mahu mandat rakyat dikembalikan dalam menentukan kerajaan baharu yang akan dibentuk

“Selagi tiada mandat baharu dari rakyat, keadaan seperti ini akan berterusan dan ini akan menyebabkan kedudukan perdana menteri sentiasa dicabar dan dipersoalkan oleh banyak pihak,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/14/jangka-hayat-pn-telah-berakhir-muhyiddin-perlu-berundur-kata-ahmad-maslan/

BACA: Tawaran yang sudah terlambat, kapal dah nak karam

COMMENTS

Wordpress (0)