Panas !!! Isu judi : Ahli Parlimen Pas beri amaran ‘tentangan lebih hebat’

Isu judi : Ahli Parlimen Pas beri amaran ‘tentangan lebih hebat’. Seorang Ahli Parlimen PAS memberi amaran bahawa Putrajaya akan berdepan “tentangan lebih hebat” di dalam dan luar Dewan Rakyat jika tidak menarik balik keputusan menambah cabutan khas nombor ekor.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.

ISU

BACA JUGA : Banyak kesamaran dalam penyelesaian 1MDB, ahli akademik minta dedah butiran

“Tak perlu kerajaan meningkatkan cabutan judi. Ini satu langkah terbalik, kita nak perkenalkan keharmonian kehidupan rakyat, tiba-tiba kita naikkan kadar cabutan judi daripada lapan kali kepada 22 kali setahun.

“Walaupun ada hujah mengatakan pendapatan daripada judi ini untuk kegunaan tertentu, walau apa hujah, judi tak boleh dinaikkan kadar cabutan.

BACA JUGA : Kebenaran untuk rakyat ini tunai umrah masih belum dimuktamadkan – Menteri Agama

“Kerajaan wajib tarik balik langkah ini sebelum berdepan tentangan lebih hebat sama ada di dalam atau luar dewan kerana judi dalam apa jua bentuk akan menyebabkan kesan jangka pendek dan panjang terhadap keberkatan hidup rakyat,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Ahmad Fadhli berkata, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan negara termasuk menggunakan tanah di kawasan tertentu untuk dibangunkan.

“Mungkin kita boleh fikir dan pindahkan sebahagian institusi pengajian di ibu kota Kuala Lumpur, contohnya UM (Universiti Malaya), ke lokasi lain dan tanah tersebut boleh dibangunkan.

BACA JUGA : Guna perkataan ‘bodoh’ waktu bahas Titah Yang di-Pertuan Agong, Bung mohon maaf

“Mungkin apa saya sebut ini tak popular dan tak disenangi oleh alumni UM, termasuk Ahli Parlimen Bera, tapi kerajaan mungkin boleh pertimbang. Tiada keperluan lagi institusi pengajian berada di tengah bandar, ia boleh berada di negeri-negeri lain yang kita boleh rangsang ekonomi di tempat lain (jika adanya universiti),” katanya.

Sebelum ini kerajaan mengesahkan kadar kekerapan cabutan khas nombor ramalan ditingkatkan kepada 22 kali setahun dan kebenaran itu diberikan kepada semua syarikat judi di negara ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/28/tarik-balik-tambah-cabutan-nombor-ekor-atau-berdepan-tentangan-lebih-hebat-kata-ahli-parlimen-pas/

COMMENTS

Wordpress (0)