Panas !!! Ini senarai 26 individu ‘red notice’ Interpol, Jho Low dan Nicky tersenarai

Seramai 26 senarai individu yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia sudah disenaraikan dalam notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) atas pelbagai kesalahan.

Bagaimanapun dua individu paling dikehendaki pada waktu ini masih belum disenaraikan dalam notis merah membabitkan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee atau lebih dikenali sebagai Datuk Nicky yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di Malaysia.

Seorang lagi ialah Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk membantu siasatan membabitkan kes 1MDB.

Pada masa sama, bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berada dalam senarai notis merah berkenaan yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu.

Panas !!! Ini senarai 26 individu 'red notice' Interpol, Jho Low dan Nicky tersenarai

Seramai 26 individu yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia sudah disenaraikan dalam notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) atas pelbagai kesalahan.

Sumber keselamatan memaklumkan Nicky dan Jho Low masih belum disenaraikan di dalam notis merah Interpol dan usaha untuk menjejaki mereka masih dilaksanakan.

“Permohonan untuk menyenaraikan dua individu paling dikehendaki pada waktu ini sudah dibuat namun badan antarabangsa itu (Interpol) masih belum meletakkan mereka dalam senarai notis merah.

“Untuk menyenaraikan seseorang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan (Malaysia) dalam notis merah mempunyai beberapa prosedur dan difahamkan bahawa permohonan untuk tindakan itu sudah dibuat oleh pihak berkuasa.

“Kita juga difahamkan bahawa usaha untuk menyenaraikan isteri Nicky, Niu Zhe juga sudah dibuat dan untuk rekod, wanita berkenaan adalah seorang rakyat China,” katanya.

Sumber berkata, pihak berkuasa percaya bahawa Nicky melarikan diri menerusi laluan sempadan di Perlis sebelum memasuki Thailand dan bersembunyi di satu lokasi yang tidak diketahui sehingga kini.

Ditanya mengapa dua individu berkenaan masih belum disenaraikan dalam notis merah, sumber itu memaklumkan terdapat prosedur yang perlu dipenuhi dan yakin bahawa nama mereka akan diletakkan di bawah notis merah apabila semuanya selesai.

Carian wartawan terhadap laman web Interpol turut menemui empat warga Korea Utara yang turut dikehendaki pihak berkuasa Malaysia kerana dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2017.

BACA JUGA : Portal dedah gaji setiausaha politik RM17,884 sebulan
Speaker Dewan Negara ‘kirim salam’ pada Hamzah

Artikel ini disiarkan pada 13/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)