Panas !!! Ini 5 jenama biskut terkenal Malaysia yang didedah mengandungi bahan akibatkan kanser

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan verifikasi di premis terlibat bagi melakukan pemantauan susulan isu pengesanan karsinogen pada jenama biskut Hup Seng yang dilaporkan di Hong Kong.

Kilang Biskut Popular Malaysia Disiasat Oleh KKM Setelah Didakwa Mengandungi Bahan Penyebab Kanser. | Daily Makan

Ia susulan laporan Choice Magazine di dalam web Persatuan Pengguna Hong Kong berkaitan pemantauan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong, dengan antara jenama tersenarai ialah biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.

BKKM dalam maklum balasnya menjelaskan, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati premis kilang tersebut adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.

Ini 5 jenama biskut terkenal Malaysia yang didedah mengandungi bahan akibatkan kanser

“Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.

“Premis pengeluaran makanan di Malaysia wajib melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Pengilangan Baik (GMP), HACCP dan lain-lain sebagaimana ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya di sini hari ini.

Menurut maklum balas tersebut, pelaksanaan PJKM dapat mengenal pasti risiko bahaya seterusnya mengurangkan atau menyingkirkan pencemaran makanan sekali gus menjadi tanggungjawab pihak industri untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat.

BACA JUGA : Pil ekstasi ‘Squid Game’ dijual di Facebook
PRN Melaka : “Saya akan kempen habis-habisan” – Najib
KJ tegur ahli politik pakai pelitup muka

Artikel ini disiarkan pada 24/10/2021

COMMENTS