Panas !!! Ebit Lew jawab pengkritik, misi Gaza semua guna duit sendiri

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew hari ini menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa individu adalah tidak benar dan bersifat fitnah semata-mata.

Menurutnya, tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali sekali gus menyangkal dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Segala pertuduhan itu tidak benar, saya ada bukti. Hari ini, saya buat laporan polis dan polis minta saya agar tidak memanjangkan lagi isu ini.

Ebit (tengah) ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas selesai membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, dekat sini sebentar tadi.

“Jadi, saya serahkan kes ini kepada peguam untuk tindakan selanjutnya sama ada untuk saman malu atau sebagainya. Selagi pegawai penyiasat belum rakam percakapan, saya tak boleh bercakap lebih-lebih hari ini.

“Lagi satu saya nafikan bahawa saya tidak membuka satu pun tabung untuk Gaza, semua kerja amal saya ke sana guna duit saya sendiri,” ujarnya kepada pemberita sebentar tadi.

Terdahulu beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 6.15 petang dengan kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih dengan diiringi dua buah kenderaan lain.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat berkisar kepada dakwaan yang dibuat oleh Caprice atau pemilik nama sebenar, Ariz Ramli dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Sementara itu, Datuk Hasnal Rezua Merican selaku peguam yang mewakili beliau berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap anak guamnya.

“Kita akan mulakan tuduhan sivil kepada mana-mana pihak yang mengulangi fitnah terhadap anak guamnya dan akan heret mereka yang tidak bertanggungjawab ke mahkamah,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara penyanyi rap, Caprice yang ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Ia disusuli dengan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menuduh Ebit menggunakan syarikat Hala yang mengenakan bayaran mahal bagi membolehkannya memasuki Palestin.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/21/kemaskini-saya-tidak-buka-tabung-semua-guna-duit-sendiri/

BACA JUGA : Boikot bukan jalan terbaik walau sidang khas tak berpelembagaan