Panas !!! Ebit Lew gagal masuk ke Gaza, dedah Nadir Al Nur

Saya agak terkilan dengan tindakan sebuah NGO kerana terpaksa menjadi jurucakap rasmi mereka apabila setiap ketika ditanya tentang status mereka oleh wartawan dan pendengar di siri-siri live.

Saya tidak pasti kenapa tim NGO enggan menyatakan status terkini mereka yang masih berada di Kaherah dan enggan menjelaskan usaha yang sedang dibuat untuk memastikan barangan yang dibeli di Kaherah sebagai bantuan penduduk Gaza dapat dibenarkan untuk masuk ke sini.

Apabila menjadi milik masyarakat kita mempunyai tanggungjawab menenangkan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan kita dan tidak membiarkan mereka berfikir yang bukan-bukan. Kita juga punya tanggungjawab memaklumkan status sumbangan mereka kepada kita.

Jangan biarkan mereka berfikir bahawa nyawa sedang ditarung untuk masuk ke sini atau sedang berada di penjara atau sedang bertempur dengan Zionis sebagai mana jangkaan sebahagian yang bertanya sedangkan kita baik-baik sahaja dan jauh daripada bahaya.

Sebutkan dengan jelas keadaan kalian agar mereka yang bimbang akan tenang, mereka yang susah hati akan diubati. Saya pasti pengikut dan netizen tidak marah apabila diakui usaha masih sedang dijalankan untuk masuk ke sini dan barangan pun cuba untuk dihantar. Kenapa senyap dan menimbulkan kegusaran?

Usaha kalian akan tetap dihargai sama ada berjaya atau tidak. Yang penting, jujur dan jelas dalam memberikan berita, jangan biarkan pengikut tergantung tanpa tali.

Untuk yang terus bertanya, belum ada NGO Malaysia yang masuk ke sini dan belum ada barang dari NGO Malaysia yang sampai dari luar sebagai bantuan untuk penduduk. Adakah akan ada NGO yang akan berjaya masuk? Ya, dengan prosedur yang betul dan kaedah yang digunakan sejak bertahun-tahun. Saya doakan NGO kalian pun akan dapat dimasukkan dalam senarai pendek nanti.

Selepas ini boleh bertanya ke laman NGO sendiri. Mereka pun ada akses kepada internet.

Wallahua’lam, jom fokus kerja yang lebih utama.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)