Panas !!! DUN P Pinang kecoh, ahli politik dilarang masuk sekolah

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh apabila Timbalan Ketua Menteri P Ramasamy membangkitkan isu pihak berkuasa pendidikan enggan membenarkan guru besar sekolah daif menghubungi kerajaan negeri untuk mendapatkan bantuan.

Menjawab soalan tambahan Mohd Tuah Ismail (PH-Pulau Betong) mengenai ahli politik tidak dibenarkan melawat sekolah yang kemudahannya rosak, Ramasamy berkata, kerajaan negeri cuba sedaya upaya membantu sekolah daif walaupun mereka tidak dibenarkan masuk.

“Ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang meminta pertolongan dengan syarat kerajaan negeri tak boleh datang ke sekolah.

DUN P Pinang kecoh, ahli politik dilarang masuk sekolah

Sidang DUN Pulau Pinang ‘panas’ ketika membincangkan isu pihak kerajaan negeri tidak dibenarkan masuk ke sekolah daif untuk memberi bantuan.

“Kami faham situasi mereka kerana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tak benarkan pihak sekolah mempelawa pihak kerajaan negeri.

“Ada guru besar yang diberikan amaran oleh JPN kerana membenarkan pihak kerajaan negeri masuk ke dalam sekolah. Saya masih ingat satu kes pada 2017 apabila bekas guru besar SJK(T) Mak Mandin, Butterworth ditukarkan dalam tempoh 24 jam selepas bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng melawat sekolahnya,” kata Ramasamy.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah berdepan masalah itu semasa Pakatan Harapan (PH) memegang Putrajaya.

Ketua Pembangkang Muhammad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua) pula mencelah dengan berkata, beliau berdepan masalah itu ketika PH memerintah.

“Masalah ini timbul apabila berlaku perubahan dalam kerajaan. Lagipun saya rasa isu yang dibangkitkan (Ramasamy) tidak berlaku. Mungkin sekadar persepsi sahaja,” katanya.

Ini mendorong Muhammad Faiz Fadzil (PH-Permatang Pasir) bertanya sama ada Putrajaya menghormati konsep federalisme.

“ADUN Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan PAS perlu beritahu Putrajaya untuk hentikan diskriminasi ini.

“Hormati kerajaan negeri ini yang cuba membantu sekolah-sekolah, walaupun mereka daripada PH,” katanya.

Pertengkaran kemudian tercetus antara Yusoff dan beberapa orang penyokong kerajaan namun Timbalan Speaker Amar Pritpal Abdullah berjaya memulihkan keadaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow kemudian meminta satu jawatankuasa dwipartisan dibentuk antara kerajaan negeri, Yusoff dan ADUN lain yang berminat untuk menggesa pihak berkuasa pendidikan mengkaji keadaan ini.

BACA JUGA : Terkini !!! Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia – Khairy
Panas !!! Lelaki dakwa adik kena pukul dalam kem bujang askar, ini respon Hishammuddin

CATEGORIES