Panas !!! Didakwa pindah data ke China, TikTok kini disiasat

Didakwa pindah data ke China, TikTok kini disiasat.Pihak berkuasa Ireland melakukan siasatan terhadap aplikasi media sosial, TikTok berhubung isu pengendalian data peribadi kanak-kanak dan pemindahan data ke China.

Lapor ABC News, badan pemantau data peribadi Ireland sudah memulakan dua siasatan untuk mengetahui sama ada aplikasi video pendek popular itu melanggarkan peraturan privasi data Kesatuan Eropah (EU).

“Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland akan menyiasat aplikasi itu sama ada mematuhi Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) ketika mengendalikan data kanak-kanak.

“Hal itu termasuk ketetapan TikTok bagi individu di bawah 18 tahun dan langkah pengesahan umur untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun,” jelas laporan itu.

Menurut laporan tersebut, siasatan kedua memfokuskan sama ada TikTok mematuhi GDPR ketika memindahkan data ke China.

data

TikTok berdepan tuduhan isu risiko ke­selamatan kerana ‘menyeludup’ data pengguna ke China.

Sementara itu, TikTok dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan siasatan suruhanjaya itu.

“Privasi dan keselamatan pengguna TikTok terutamanya golongan muda menjadi keutamaan kami.

“Kami telah melaksanakan dasar dan kawalan menyeluruh untuk melindungi data pengguna.

“TikTok juga hanya menggunakan kaedah yang diluluskan bagi pemindahan data dari Eropah,” jelas syarikat itu.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/tiktok-disiasat-seludup-data-ke-china/

BACA: Semua Menteri dan Timbalan dapat khidmat ‘escort’ Polis?, Ini penjelasan Bukit Aman

COMMENTS

Wordpress (0)