Panas !!! Datuk remaja kena mandi jenazah akhirnya bersuara

Datuk remaja kena mandi jenazah akhirnya bersuara. Rosli Sidek yang juga datuk kepada remaja yang mencuri tabung masjid mendedahkan bahawa beliau yang meminta AJK Masjid Islahiah membuat laporan polis kerana mahunya cucunya iaitu Daniel Iskandar menjadi insan berguna.

Beliau berkata demikian seperti dilapor portal MalaysiaGazette dalam satu posting di FB yang dinaikkan sebentar tadi.

Datuk kepada remaja mencuri tabung masjid dan dimandikan ala jenazah mendedahkan bahawa beliau yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan polis ke atas cucunya itu.

Seperti dilaporkan MalaysiaGazzette , Rosli Sidek, 65, berkata, ini kerana beliau ingin memberi pengajaran kepada cucunya, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, supaya menjadi orang berguna pada masa depan.

Malah, katanya, beliau tidak ingin apa yang terjadi terhadap keluarganya gara-gara sikap negatif Daniel Iskandar sebelum ini akan menimpa orang lain.

“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

“Kemungkinan besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.

“Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini hari ini.

Rosli turut memohon kepada netizen di media sosial agar tidak menyalahkan AJK masjid yang membawa kes curi cucunya itu kepada pihak berkuasa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan Masjid Al Islahiah Kilometer (km) 28 Kuang, Rawang di sini, pukul 11.58 malam pada 8 Januari lalu (2022).

BACA JUGA : Selepas matahari tiruan, kini China bina bulan tiruan pula
’Poster boy’ Umno mestilah yang ada ketokohan, bukan ‘lembik’ – Puad

Lantang lawan rasuah, bos Mydin dedah pernah dipanggil ‘individu berpangkat tinggi’

CATEGORIES