Panas !!! Dah bagi betis nak peha, Azmin ‘sound’ Umno Melaka

Dah bagi betis nak peha, itulah seolah-olah gambaran yang diberikan oleh Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin berkata, UMNO sudah pun diberikan jawatan Ketua Menteri Melaka, tetapi mereka masih berebut kuasa sesama mereka sehingga berlakunya satu lagi krisis politik dalam negara.

Dah bagi betis nak peha, Azmin ' sound ' Umno Melaka

Datuk Seri Azmin Ali merasmikan jentera Perikatan Nasional di Masjid Tanah.

“Kalau dia nak bergaduh sesama dia, lebih baik bagi kita jadi Ketua Menteri,” kata Azmin yang pernah dikaitkan dengan satu video gay di sebuah hotel.

Krisis politik Melaka berpunca daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sungai Udang mengetuai gerakan menarik sokongan terhadap kerajaan dipimpin Sulaiman.

Tiga ADUN lain yang turut mengumumkan menarik sokongan ialah ADUN Pantai Kundor (UMNO), Datuk Nor Azman Hassan; Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Susulan tindakan tersebut menyaksikan kerajaan negeri jatuh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

BACA JUGA : Zahid cakap ‘No Anwar No DAP’, tapi cakap tak serupa bikin
Aksi ‘king’ cuba ambil alih tugas towing

CATEGORIES