Panas !!! Cabutan khas judi : Ingatkan 22 kali, rupanya 66 kali

Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mempersoalkan sikap Pas dalam Kabinet di Putrajaya yang dilihat bersetuju dengan keputusan Kementerian Kewangan meluluskan permohonan daripada semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini.

Menurutnya, sikap Pas itu amat mengejutkan selepas kerajaan pada masa ini menambahkan lagi pendapatan negara daripada hasil ‘cukai dosa’ kemudian melakukan perkara kebajikan.

“Seolah-olah buat dosa dulu kemudian cuci dosa dengan kebajikan. Menteri Agama kena jawab, adakah ini satu ajaran baru iaitu buat dosa kemudian cuci dosa dengan bantuan-bantuan kebajikan.

Cabutan khas judi : Ingatkan 22 kali, rupanya 66 kali

“22 kali cabutan ini kepada setiap syarikat judi. Di Semenanjung ada tiga syarikat, SportToto, Damacai dan Magnum.

“Maksudnya ada 66 kali cabutan di Semenanjung. Itu tidak termasuk lagi syarikat-syarikat di Sabah dan Sarawak.

“Jumlah cabutan khas ini lebih daripada 22 kali dan saya cukup terkejut apabila pemimpin-pemimpin Pas yang berada dalam Kabinet boleh bersetuju dengan pengumuman Menteri Kewangan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 20 September lalu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya telah meluluskan permohonan daripada semua Agensi Nombor Ramalan (NFO) untuk cabutan khas sebanyak 22 kali bagi tahun ini.

Untuk rekod, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019 berbanding 22 kali pada 2018 yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kerajaan PH seterusnya mengurangkan lagi kekerapan cabutan khas pada 2020 kepada lapan kali sahaja setahun.

Walau bagaimanapun, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah meningkatkan kembali kekerapan cabutan khas kepada 22 kali pada tahun ini.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden AMANAH berkata, sikap pemimpin Pas berhubung pertambahan cabutan khas judi itu sangat memalukan.

“Mungkin ini anjakan pradigma mimbar khutbah Jumaat masjid Rusila, Marang kepada Putrajaya.

“Ini sangat mengecewakan. Saya harap pihak kerajaan menurunkan cabutan judi atau hapuskan terus,” kata Mahfuz lagi.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/66-kali-cabutan-judi-mahfuz-terkejut-pemimpin-pas-boleh-setuju/

BACA JUGA : Pengguna kecoh : Facebook, Instagram, Whatsapp alami gangguan hampir 6 jam

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Cabutan khas judi : Ingatkan 22 kali, rupanya 66 kali […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Cabutan khas judi : Ingatkan 22 kali, rupanya 66 kali […]

  • comment-avatar

    […] “Ini sangat mengecewakan. Saya harap pihak kerajaan menurunkan cabutan judi atau hapuskan terus,” kata Mahfuz lagi.-GD […]