Panas !!! Bukan exco dapat ‘hadiah’ X70, tapi isteri exco lapor portal

SPRM

Bukan exco dapat ‘hadiah’ X70, tapi isteri exco lapor portal. Terengganu Report pada 2 Jun 2021 melaporkan seorang ahli majlis mesyuarat (Exco) kerajaan negeri menerima ‘hadiah’ sebuah kereta Proton X70 bernilai kira-kira RM120,000 daripada pengarah sebuah syarikat pengeluaran pelitup muka.

Dalam laporan bertajuk ‘Siapa Ahli Exco Terengganu Terima ‘Hadiah’ Proton X70?’, Terengganu Report mengakui terdapat beberapa kesilapan fakta dalam artikel itu.

Justeru itu, Terengganu Report memohon maaf di atas kesilapan itu dan tampil membuat pembetulan.

Terengganu Report tiada bukti dan pengakuan untuk mendakwa bahawa YB Exco berkenaan menerima kereta tersebut sebagai satu rasuah.

Namun menurut sumber, Proton X70 bewarna ‘grey’ itu telah didaftarkan atas nama isteri kepada YB Exco berkenaan yang juga Pengerusi sebuah jawatankuasa berkaitan pelaburan di sebuah yayasan milik Kerajaan Terengganu.

exco

Yayasan itu dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Satu sebut harga bertarikh 8 Julai 2020 daripada sebuah syarikat penjual kereta yang beroperasi di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur telah dihantar kepada syarikat pengeluaran pelitup muka di Seri Kembangan, Selangor.

Syarikat yang diterajui warga Bangladesh itu terlibat dalam satu pelaburan bersama sebuah yayasan milik kerajaan negeri membabitkan projek pelitup muka bernilai kira-kira RM9 juta, tahun lalu.

Dokumen bertarikh 9 Julai 2020 menunjukkan, pemilik syarikat pelitup muka telah membuat bayaran secara tunai kepada syarikat penjual kereta sebanyak RM115,000 bagi pembelian Proton X70.

Selepas itu, syarikat penjual kereta tersebut telah mengeluarkan resit bayaran secara ‘cash’ bertarikh 9 Julai 2020 yang diterima daripada isteri YB Exco berkenaan.

Laporan pemeriksaan bagi pemindahan nombor pendaftaran oleh Puspakom serta bayaran insurans kereta itu dibuat pada 28 Julai 2020.

Pada 3 Ogos 2020, syarikat penjual kereta itu mengeluarkan invois kepada isteri YB Exco berkenaan selaku pembeli dengan ‘total on the road price’ sebanyak RM122,350.65.

Menurut paparan di http://ttel.terengganu.gov.my, isteri YB Exco itu merupakan seorang pegawai yang sedang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan negeri.

Pembetulan kepada laporan Terengganu Report sebelum ini, YB Exco tidak menerima ‘hadiah’ Proton X70; sebaliknya kereta itu diberikan kepada isteri YB Exco berkenaan oleh syarikat pembuat pelitup muka tersebut.

Sekeping gambar yang tercatat tarikh pada 23 Mac 2021 pukul 11.11 pagi telah menunjukkan kereta yang dimaksudkan berada di perkarangan rumah YB Exco berkenaan.

Pada 25 Mac 2021, Utusan Malaysia melaporkan Pengarah sebuah yayasan yang berkaitan dengan perkara itu telah direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek tersebut.

Turut disiasat kata sumber, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Pengerusi kepada sebuah anak syarikat yayasan itu.

Sebagai Pengerusi syarikat, ADUN tersebut telah membuat lawatan kerja ke kilang pengeluaran pelitup muka berkenaan di Seri Kembangan pada 3 Julai 2020 bersama pengarah yayasan itu.

Turut membuat lawatan ke kilang yang sama pada 4 Oktober 2020, seorang Ahli Parlimen dari Terengganu yang dipercayai turut terlibat dalam pelaburan bernilai RM9 juta itu.

Dalam usahasama berkenaan kata sumber, yayasan itu memiliki pegangan pelaburan sebanyak 49%, selebihnya dikuasai syarikat itu sebanyak 51%.

Selain kereta Proton X70, pengarah syarikat itu dipercayai turut ‘menghadiahkan’ wang tunai, berlian dan komputer riba kepada beberapa pihak yang berkaitan.

Berita Penuh :https://www.terengganureport.com/2021/06/tuduh-yb-exco-terima-hadiah-proton-x70.html

Jika Terlepas: Tular video bagaikan ‘pesta’ warga asing di pusat kuarantin di Melaka

COMMENTS

Wordpress (0)