Panas !!! BN nafi kenyataan Ahli Parlimennya sokong Muhyiddin

MP BN

BN nafi kenyataan Ahli Parlimennya sokong Muhyiddin. Pemimpin BN saling bercanggah berhubung kenyataan yang mendakwa bahawa hampir semua ahli parlimen BN menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan yang dipertikaikan yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendakwa bahawa dia telah mempengerusikan mesyuarat yang melibatkan 40 ahli parlimen dari gabungan itu, yang secara bulat suara menyokong “kerajaan di bawah kepemimpinan Mahiaddin Md Yasin”.

Mahiaddin adalah nama sebenar Muhyiddin.

Pembantu Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan itu sahih.

Untuk rekod, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz kemudian mengeluarkan kenyataan lain yang menafikan kenyataan Ismail.

BN

“Ibu pejabat BN menafikan mengenai kewujudan surat yang menggunakan logo dan alamat parti seperti yang tersiar dan viral ketika ini.

“Sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan oleh pengerusi atau setiausaha agung parti dan hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi komunikasi parti,” katanya.

Kenyataan Mohamad Sahfri telah disiarkan di laman Facebook rasmi BN.

Pertikaian itu timbul di tengah keraguan mengenai sokongan terhadap Muhyiddin susulan teguran dari Istana Negara awal hari ini.

Tengah hari tadi Istana Negara mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan rasa amat dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap cara ordinan darurat dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, Agong juga amat kecewa apabila ordinan darurat itu tidak dibentang dan dibahaskan seperti dipersetujui Takiyuddin dan Idrus di hadapan baginda pada 24 Julai lalu.

Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga amat dukacita apabila Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan dibuatnya semasa sidang khas berlangsung.

Kenyataan Istana Negara itu mengesahkan jangkaan banyak pihak bahawa pembatalan ordinan darurat tersebut dibuat tanpa mendapat perkenan Agong.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagaimanapun mendakwa Muhyiddin telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan ordinan darurat sebelum sidang Parlimen khas diadakan pada 26 Julai, dan Agong terikat di bawah Artikel 40 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk bertindak sesuai dengan nasihat kabinet.

Sementara itu, pada sidang media di lobi parlimen setelah Dewan Rakyat ditangguhkan, Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak mengatakan Muhyiddin harus mengambil tanggungjawab dan mengundurkan diri susulan teguran terhadap kerajaan itu.

“Berikutan dengan kemurkaan Duli Yang Maha Mulia, maka saya berpendirian bahawa perdana menteri mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dan pilihan terbaik ialah untuk Muhyiddin ialah untuk berundur secara kehormat,” katanya dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.

Najib juga mengulangi keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menyokong kerajaan PN tetapi bukan untuk Muhyiddin kekal sebagai perdana menteri – keputusan yang banyak ditentang oleh ahli parlimen Umno.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/585143

Jika terlepas:Varian ‘misteri’ disyaki cetus kes kematian yang ramai di Tanjung Agas