Jika saya moderator menyoal Ahmad Maslan sebagai SuA UMNO dalam program bual bicara pasti saya akan tanya dua soalan ini.
Kenapa YB masa pergi ke ROS tidak bawa sekali Tim Menteri Dalam Negeri Dseri Ismail Said. Bukankah dia Ahli UMNO dan masih jadi Ketua UMNO Bahagian. Membantu menyelesaikan?
Saya ada Pengalaman semasa UMNO di batalkan pendaftaran oleh Mahkamah tahun 1988. Ada dua peristiwa berlaku.
UMNO di pihak Dr Mahathir Mohamad telah siapkan Perlembagaan UMNO baru dan juga di Pihak Tengku Razaleigh Hamzah menyiapkan Perlembagaan UMNO dengan pengasas Tunku Abd Rahman sendiri. Sebaik sehari UMNO di batalkan pendaftaran.
Dalam perdebatan di Parlimen Tengku Razaleigh Hamzah minta Menteri KDN masa itu Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri KDN memulihkan semula UMNO ke asal. Tetapi di tolak. Itulah fakta yang kekal bahawa yang mengharamkan UMNO ialah Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Soalan saya.. Adakah YB fikir bahawa sejarah akan berulang lagi bahawa UMNO bakal di haramkan oleh tangan orang UMNO sendiri walau pun dia bekas ahli… Adakah ini salah DAP?
Jika Ahmad Maslan boleh jawab.. dalam fb ini. Hebatlah dia..
Sumber :