Panas !!! Bekas MKT Umno berpangkat Datuk berdepan dua pertuduhan di mahkamah hari ini

Seorang bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpangkat Datuk bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat berkaitan sebuah video di laman Facebook, beberapa bulan lalu.

Beliau yang berusia 48 tahun itu dijangka berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No. 2) 2021 iaitu berkaitan aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.

Menurut seksyen itu, sebarang proses penghasilan berita tidak benar sehingga menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, selain denda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan, jika disabit kesalahan.

Bekas ahli MKT UMNO didakwa hari ini

Seorang bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berpangkat Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, berkaitan sebuah video di laman Facebook, beberapa bulan lalu.

Kesalahan mengikut seksyen tersebut adalah termasuk mengadakan, menawar, menerbit, mencetak, mengedar, mengeliling atau menyebarkan berita tidak benar.

Sebelum ini, beliau disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan dijangka hadir di mahkamah sebelum jam 9 pagi pada Jumaat.

USJT mengambil tindakan berkenaan selepas kertas siasatan terhadapnya, dirujuk dan mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk menuduh di mahkamah.

Mengikut satu kenyataan ringkas polis semalam, lelaki itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No.2) 2021.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-ahli-mkt-umno-didakwa-hari-ini-322842

BACA JUGA : Panas !!! Remaja 12 tahun tidak sedarkan diri lepas cucuk vaksin di Melaka

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Bekas MKT Umno berpangkat Datuk berdepan dua pertuduhan di mahkamah hari ini […]

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Panas !!! Bekas MKT Umno berpangkat Datuk berdepan dua pertuduhan di mahkamah hari ini […]