Panas !!! Azalina bakal mempengerusikan Dewan Rakyat petang ini?

Azalina

Azalina bakal mempengerusikan Dewan Rakyat petang ini. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said memberi gambaran akan mempengerusikan majlis persidangan Dewan Rakyat di sebelah petang hari ini.

Beliau ketika membahaskan usul titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berseloroh menyatakan dirinya akan ‘menggantikan’ pada sebelah petang sewaktu meminta masa tambahan daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang mempengerusikan majlis ketika itu.

“Akhir sekali sebelum saya minta masa tambahan yang berhormat Speaker, kalaupun saya ganti 2.30 nanti, saya tambah sikit..,” katanya sambil mendapat reaksi Azhar sedikit tertawa dengan permintaan Azalina itu.

Azalina

Beliau kemudiannya meneruskan perbahasan mengenai jawatan Peguam Negara dan Pendakwaraya dimana ia tidak boleh dipegang individu yang sama.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan terdapat satu cara yang membolehkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dipilih dalam kalangan kerajaan iaitu menggunakan perkara 7 (1) Peraturan Mesyuarat iaitu Speaker Dewan Rakyat mempunyai hak untuk memilih mana-mana ahli Dewan untuk mempengerusikan Majlis.

Usul tersebut hendaklah disokong dan tidak perlu dibahaskan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/azalina-kembali-mempengerusikan-dewan-rakyat-petang-ini/

BACA: Tajuddin dilantik pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan baharu

COMMENTS