Panas !!! Anwar umum letak jawatan, ini penjelasan PKR

Baru-baru ini kecoh mengenai satu surat pengumuman perletakan jawatan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Memetik laporan Malaysiakini, setiausaha agung parti Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan penyebaran surat palsu yang kononnya daripada beliau.

Panas !!! Anwar umum letak jawatan, ini penjelasan PKR

Saifuddin ketika ditanya berkata, “Saya menggesa seluruh anggota PKR bertenang dan mengambil maklumat sahih hanya dari sumber parti.

Saya juga menyeru rakyat seluruhnya menolak politik kotor dan adu domba.

“PKR akan terus bergerak sebagai parti politik pelbagai kaum untuk membela kehidupan rakyat di atas landasan keadilan.”

Beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penyebaran surat di media sosial itu dan mendakwa ia kerja “golongan terdesak yang bertujuan melemahkan PKR.”

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil melalui aplikasi Whatsapp rasmi parti mengesahkan penyebaran surat palsu berkenaan.

Surat palsu itu didapati menggunakan kepala dan logo parti untuk menyatakan bahawa Anwar berundur sebagai presiden parti untuk bertanggungjawab terhadap prestasi buruk PKR dalam pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak.

Ia juga mendakwa Anwar turut melepaskan jawatan sebagai ketua gabungan Pakatan Harapan.

Surat palsu itu juga menyebut Anwar digantikan oleh anak perempuannya Nurul Izzah Anwar sebagai presiden parti dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi PH.

BACA JUGA : Polis Ampang Jaya bersiap sedia susulan pelepasan air empangan
Ramai terkandas atas bumbung menanti pasukan penyelamat tiba

CATEGORIES