Panas !!! Anwar dedah sudah terima cadangan gabung PKR-Amanah

Anwar dedah sudah terima cadangan gabung PKR-Amanah. Cadangan untuk menggabungkan dua parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu PKR dan Amanah sudah dikemukakan, namun pimpinan tertinggi parti belum mengusulkan perkara itu untuk dibincangkan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, sebarang cadangan untuk kebaikan kedua-dua parti itu boleh dilaksanakan tetapi ia perlu dibincangkan.

Bagaimanapun Anwar berkata, idea penggabungan itu belum dibawa untuk perbincangan walaupun terdapat ahli yang mengutarakan perkara tersebut secara terbuka.

Panas !!! Anwar dedah sudah terima cadangan gabung PKR-Amanah

Masih belum ada perbincangan rasmi, namun ahli-ahli telah mengemukakan beberapa idea mengenai cadangan menggabungkan PKR-Amanah, menurut Anwar Ibrahim.

“Ya, ya ia dikemukakan dan ia dalam pengetahuan pimpinan Keadilan (PKR) dan Amanah. Tetapi kami belum bincang perkara ini lebih lanjut,” katanya.

Ditanya sama ada perbincangan rasmi antara kedua-dua pihak telah bermula, Anwar berkata, masih belum ada namun ahli-ahli telah mengemukakan beberapa idea.

“Apa pun pandangan kita dengar, kita bincang tiada masalah, tapi belum lagi sampai ke tahap itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasar pagi di Taman Bukit Angkasa, Kg Kerinchi di Lembah Pantai.

Idea penggabungan itu didedahkan kepada umum semalam oleh bekas Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi yang berkata, kedua-dua parti mempunyai hala tuju politik yang sama – contohnya, dalam menegakkan agenda reformasi, keadilan sosial dan memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat.

“Kemasukan Amanah ke dalam PKR pastinya akan membantu meningkatkan sokongan dan membina keyakinan rakyat, khususnya orang Melayu di kawasan luar bandar dalam usaha memenangi sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang,” kata Najwan dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial. .

“Melalui penggabungan itu, sudah pasti akan wujud jentera yang disatukan untuk kedua-dua parti di peringkat akar umbi, sekali gus menyelesaikan isu peruntukan kerusi yang selama ini menjadi cabaran kepada kedua-dua parti.”

Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada penganalisis politik Wong Chin Huat yang mencadangkan Amanah dan PKR menjadi parti tunggal.

BACA JUGA : Panas !!! Tuntutan Royalti : Pas bakal tarik sokongan terhadap kerajaan?
Panas !!! Usaha nobat Zahid sebagai PM sedang berjalan dalam Umno, dedah portal

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)