Panas !!! Anwar dedah Najib hubunginya dua kali malam kalah PRU14

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) minggu lalu, menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak dua kali.

Anwar berkata, Najib menghubunginya bagi mendapatkan nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan susulan kekalahan BN.

Najib dikejutkan dengan kekalahan pada minggu lalu yang mengakhiri pemerintahan di bawah kerajaan BN selama lebih enam dekad.

Panas !!! Anwar dedah Najib hubunginya dua kali malam kalah PRU14

Anwar Ibrahim.

Kekalahan BN dalam PRU14 pada 9 Mei lalu disebabkan kemarahan terhadap isu rasuah dan pertembungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas pencabarnya, Anwar yang bersatu untuk mengusir Najib yang dicemari dengan pelbagai skandal.

Anwar pada Rabu yang mendapat pengampunan dan pembebasan daripada hukuman penjara selama lima tahun di atas tuduhan meliwat, berkata beliau menerima dua panggilan daripada Najib pada malam tersebut.

“Bila beliau menelefon pada malam pilihan raya lalu, saya menasihatkannya sebagai sahabat supaya menerima kekalahan dan meneruskan kehidupan,” katanya dalam satu temuramah bersama Reuters di kediamannya di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, beliau meminta Najib supaya segera membuat kenyataan bagi mengelak dilihat cuba melengahkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun katanya, Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan pada malam itu.

Pada sidang media keesokan harinya, Najib berkata, tiada parti yang memperoleh majoriti mudah dan Yang di-Pertuan Agong akan memutuskan siapa yang akan membentuk kerajaan.

“Beliau keliru… beliau enggan menerima kenyataan (kekalahan) lebih awal,” kata Anwar.

Anwar berkata, Najib cuba memikirkan apa yang boleh dilakukannya dan siapa yang boleh menasihatkannya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah menawarkan sebarang perjanjian serius kepadanya.

“Walaupun beliau menawarkan perjanjian, saya hanya akan mengabaikannya… saya hanya mendengar apa yang beliau katakan,” katanya ketika ditanya sama ada Najib telah menawarkan kepadanya perjanjian untuk mengalihkan kesetiaannya.

“Ketika panggilan kedua itu, Najib ‘totally shattered’ (sangat sedih),” katanya.

Sehingga kini, usaha untuk mendapatkan maklum balas Najib belum berhasil.

BACA JUGA : Kes buli MRSM : Mangsa dedah dipukul gara-gara tegur suspek tonton video lucah
Detik kalah PRU14, Najib pernah pujuk Anwar keluar PH

Artikel ini disiarkan pada 18/05/2018

COMMENTS

Wordpress (0)