Panas !!! Anwar bidas speaker, jangan ‘berselindung’ di sebalik peraturan

Anwar bidas speaker, jangan ‘berselindung’ di sebalik peraturan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Speaker Dewan Rakyat supaya tidak terus berlindung di bawah Peraturan Am 11 (3).

Jelas beliau, Datuk Azhar Azizan Harun sepatutnya membuat keputusan untuk menyelamatkan rakyat dan negara yang kini banyak terkorban akibat pandemik Covid-19.

“Istana Negara mengambil keputusan mengikut perlembagaan dan aspirasi rakyat. Nak sebut tentang pelan, dah berapa banyak kali pelan? Tetapi jumlah mati bertambah, jumlah positif bertambah dah 17,000, kemudian bincang pasal Covid-19 dan vaksin, ada sedikit kejayaan tetapi jauh dari unjuran yang ingin dicapai.

“Bagaimana hal ini dibawa dalam Peraturan 11 (3)? Ambil keputusan luar biasa tetapi tidak ada perbahasan, belanja berbilion tetapi tiada undian? Perdana Menteri sehingga hari ini belum memberi perakuan Darurat akan tamat pada 1 Ogos.

Anwar

“Untuk selesaikan jangan kita nafikan semua ini okay, tidak mengapa saya berlindung di bawah peraturan untuk menyelamatkan diri. Sekarang kita nak selamatkan negara dan rakyat,” katanya.

Sebelum itu, Azhar menjelaskan Peraturan Am 11(3) bagi Sidang Khas Parlimen, Perdana Menteri akan menetapkan Aturan Urusan Mesyuarat mengikut budi bicara beliau.

Justeru katanya, jika ada cadangan atau usul maka terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menerimanya.

Berita Penuh :https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/jangan-berlindung-di-bawah-peraturan-fikir-selamatkan-rakyat/

jika Terlepas: PH dakwa Azhar jadi ‘alat’ kerajaan gagalkan undian di Parlimen

Artikel ini disiarkan pada 26/07/2021

COMMENTS

Wordpress (0)