Panas !!! Amanah Ledang umum gantung hubungan dengan PKR

Panas !!! Amanah Ledang umum gantung hubungan dengan PKR

Amanah Ledang mengecam tindakan ADUN Serom yang bertindak melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melihat ini tindakan khianat kepada parti yang telah membantu memenangkan beliau semasa PRU14.

Amanah Ledang juga merasa kesal PKR sanggup menerima ADUN Serom. Ini perbuatan tidak beretika dan tidak menjaga adab sesama rakan komponen PH. Sepatutnya PKR menasihati ADUN Serom supaya kekal jadi ADUN Bebas sahaja sehingga tamat penggal atau DUN dibubarkan.

Kelihatan daripada situasi ini, ahli-ahli PKR mengambil kesempatan untuk menyerang Amanah dan mengatakan Amanah telah gagal jaga wakil rakyat mereka.

Walhal situasinya adalah tidak benar. Hakikatnya wakil rakyat ini telah khianat parti dan tidak menghormati parti yang telah mengangkat mereka sebagai calon sewaktu PRU14. Parti juga telah bersusah payah bekerja dan berkempen sehingga wakil rakyat ini menang dan menjadi sebahagian kerajaan.

Justeru sebagai tanda protes ke atas pengkhianatan ADUN Serom dan juga penerimaan PKR, Amanah Ledang memutuskan untuk menggantung hubungan dengan PKR Ledang berkuatkuasa hari ini sehingga diberitahu.

Sekian, terima kasih.

SELURUH JAWATANKUASA AMANAH KAWASAN LEDANG