Panas!!! Akhirnya Ismail Sabri tersenarai dalam calon PM Umno

Akhirnya Ismail Sabri tersenarai dalam calon PM Umno. Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, 84, dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 61, antara empat nama yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Dua lagi nama ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 68, dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 68.

 

“Ya, empat nama ini akan diserahkan oleh pucuk pimpinan parti yang menghadap Seri Paduka di Istana Negara hari ini,” kata sumber UMNO yang layak dipercayai kepada Utusan Malaysia pagi ini.

BACA JUGA : Gempar !!! Bersatu mesyuarat pilih nak sokong siapa?

parlimen

Akhirnya Ismail Sabri tersenarai dalam calon PM Umno

Dalam pemilihan calon Perdana Menteri kesembilan, UMNO meletakkan syarat yang perlu dipersetujui bersama iaitu keputusan daripada parti berkenaan perlu dikumpul dalam Akuan Sumpah (SD) yang sama dan tidak boleh berasingan.

BACA JUGA : Terkini !!! Semua ketua parti dipanggil menghadap Agong esok

BACA JUGA : Pas akan tetap istiqamah bersama Muhyiddin – Hadi

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan kini terserah kepada Seri Paduka untuk melantik Perdana Menteri baharu.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/ku-li-ismail-sabri-antara-4-nama-calon-pm-umno/

COMMENTS

Wordpress (0)