Panas !!! Ahli Umno tak setuju penggunaan nama Kerajaan PN

Ahli Umno tak setuju penggunaan nama Kerajaan PN.

ADA yang buat kenyataan kerajaan Perikatan Nasional akan diteruskan oleh PM-9 DSIS.

Rasanya tak betul tanggapan ini. Sebabnya:

Perikatan Nasional ada sebuah parti politik berdaftar yang ditubuhkan oleh PPBM (Bersatu), PAS dan STAR yang kemudiannya disertai oleh parti GERAKAN.

Ahli Umno tak setuju penggunaan nama Kerajaan PN

Sedangkan 114 sokongan Ahli Parlimen datang dari 50 MP Parti Perikatan Nasional, 41 MP BN, 18 GPS, 1 PBS dan Bebas 4

Melihat kepada komposisi ini hakikatnya 64 MP adalah merupakan MP yg bukannya ahli parti PN

Jadinya celah mana kerajaan ini masih nak digelar kerajaan PN?

Rakyat rata rata telah menyuarakan pandangan mahu kerajaan ini untuk rakyat.

Jadi lebih baiklah kerajaan hari ini hanya dikenali Kerajaan Malaysia yang menjalankan fungsi dan kuasa YDP Agong sebagai Ketua Negara.

Dalam bahasa mudahnya sampul surat rasmi kerajaan pun tertera URUSAN SERI PADUKA BAGINDA jadi cukuplah hanya dikenali Kerajaan Malaysia tak payah le nak namakan dengan nama parti… RAKYAT DAH MUAK.

Sumber :

BACA JUGA : Jika perlu Britain akan kerjasama dengan Taliban, kata Boris Johnson

COMMENTS

Wordpress (0)