Panas !!! Ahli Parlimen PH nafi kenyataan dibuat Dr Noor Hisham

Ahli Parlimen PH nafi kenyataan dibuat Dr Noor Hisham.Saya ingin menegaskan bahawa wakil pembangkang TIDAK pernah bersetuju untuk menangguhkan Parlimen jika ada kes Covid 19 di Parlimen.

Pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat pada pagi Isnin, 26 Julai yang lalu, saya menghadiri mesyuarat tersebut mewakili DAP manakala YB Saifudin Nasution mewakili Keadilan dan YB Dr Dzul mewakili Amanah.

Kami bertiga senada bahawa mesyuarat Persidangan Parlimen mesti diteruskan dengan mengambil kira langkah-langkah SOP yang telah dijalankan seperti saringan sebelum sidang untuk semua Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen

Saya juga mencadangkan supaya kalau ada kebimbangan, kami sanggup membuat ujian saringan setiap minggu dan sekiranya ada Ahli Parlimen yang didapati positif, maka beliau dikuarantinkan secara terus.

Saringan ujian yang melibatkan lebih 1000 orang telah diadakan di Parlimen pada hari Khamis lalu dan kadar positiviti hanya 1% dan adalah tidak wajar untuk menutup terus Parlimen selama 2 minggu.

Saya menganggap kenyataan Tan Sri Noor Hisham bahawa wakil pembangkang bersetuju dengan penangguhan Parlimen adalah kenyataan yang mengelirukan orang ramai.
Sumber:

Baca: Terkini !!! Laluan masuk ke Parlimen dikawal ketat, tiada siapa dibenarkan masuk

COMMENTS

Wordpress (0)