Tawaran

Panas !!! 6 tapak kolam takungan banjir KL dijadikan tapak pembangunan

6 tapak kolam takungan banjir KL dijadikan tapak pembangunan.Fahmi Fadzil yang juga merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai,mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab terhadap pemberimilikan beberapa bidang tanah di Kuala Lumpur, yang sepatutnya dijadikan kolam takungan banjir.

Menurut laporan Malaysiakini, ahli parlimen PKR itu turut menyangkal dakwaan bahawa salah satu kolam itu telah diberikan kerajaan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Ada yang kata zaman PH juga ada jual tanah kolam takungan banjir.

“Tapi sebenarnya kolam takungan Taman Desa telah diberi milik pada 12 Jun 2018. Menteri Wilayah Persekutuan (ketika itu), Khalid Samad, hanya dilantik ke kabinet pada 2 Julai 2018.

“Jadi siapa yang luluskan pemberi milikan kolam-kolam takungan banjir ini?” soalnya

6 tapak kolam takungan banjir KL dijadikan tapak pembangunan

Beliau turut melampirkan senarai enam kolam tadahan di Kuala Lumpur yang telah diasingkan untuk projek pembangunan, seperti projek pembangunan bercampur, skim rumah mampu milik, taman rekreasi dan pangsapuri perkhidmatan.

Enam kolam tadahan yang dimaksudkan ialah kolam Batu, kolam Nanyang, kolam Delima, kolam Taman Wahyu, kolam Batu 4 1/2, dan kolam Taman Desa.

Fahmi berkata menurut senarai itu, pemberimilikan kolam takungan Nanyang, Delima dan Taman Wahyu berlaku pada 9 Okt 2015, semuanya projek pembangunan bercampur yang akan dijalankan oleh satu pemaju, diikuti kolam Taman Desa pada 12 Jun 2018.

Kolam Batu 4 1/2 dan Batu telah diasingkan pada 5 Ogos dan 2 Sept 2020.

“Persoalan ini – serta persoalan pemberi milikan tapak-tapak kolam takungan banjir yang lain dari 2015 hingga 2020 – mungkin boleh dijawab oleh beberapa pihak iaitu Menteri Wilayah pada zaman 2013-2018: Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah pada Mac 2020 – Ogos 2021: Annuar Musa, dan Menteri Wilayah hari ini: Shahidan Kassim.

“Sekiranya tanah tersebut milik kerajaan persekutuan (ie Pesuruhjaya Tanah Persekutuan), mungkin isu ini turut boleh dijelaskan Ketua Setiausaha Negara pada zaman Menteri-Menteri di atas berkhidmat (Ali Hamsa 2012-2018 dan Mohd Zuki Ali 1 Jan 2020-kini),” kata Fahmi.

Fahmi berkata dia juga bersetuju dengan gesaan yang dibuat oleh dua lagi Ahli Parlimen PH – Hannah Yeoh dan Lim Lip Eng – agar isu itu disiasat oleh SPRM.

Dia berkata pemberimilikan itu akan menjejaskan kapasiti kolam takungan serta melumpuhkan operasi di bawah sistem Tebatan Banjir Kuala Lumpur.

BACA JUGA:

Gadis baru berumur 16 tahun tetapi miliki wajah berusia 50 tahun, ini puncanya…
Bertindak keatas Azam Baki bukan bidang kuasa Panel SPRM, kata Pengerusi

CATEGORIES