5 MP Umno tarik balik sokongan, tumbanglah Muhyiddin.
Dalam konteks politik di negara ini, ia berubah dengan sangat pantas.
Melihat keadaan itu, pada bulan lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa kedudukannya selamat dan kukuh berikutan pengisytiharan darurat yang diumumkan pada Januari lalu.
Disebabkan itu, Parlimen telah pun ditangguhkan, dan secara tidak langsung menyukarkan proses untuk mencabar sokongan terhadapnya di Dewan Rakyat, perkara itu menjadi perdebatan hangat sejak Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.
Presiden BERSATU itu juga mendapat sokongan tiga mantan Ahli Parlimen PKR, yang kelihatan menyokong Muhyiddin di Parlimen, di mana ramai mempersoalkan perkara itu berlaku dalam keadaan perbalahan.
Namun, melihat dari aspek kesuntukan masa, darurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos, Muhyiddin dilihat berada pada posisi agak goyah.
Menarik perhatian, spekulasi mengenai rancangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menarik sokongan UMNO dari kerajaan Perikatan Nasional juga menjadi perbualan.
Memetik laporan media, desas-desus yang mengatakan bahawa Zahid telah mengumpul kira-kira 30 tandatangan daripada 47 anggota Majlis Tertinggi UMNO untuk menjatuhkan PN dengan segara, merupakan satu ketetapan yang diluluskan pada perhimpunan agung parti pada Mac lalu.
Kata dua bertempoh 14 hari yang dikeluarkan Presiden UMNO itu, agar persidangan Parlimen dilakukan dengan segera juga berakhir semalam, dengan mengambil kira tarikh permintaan itu diumumkan, pada 21 Jun.
Sekiranya Zahid menarik partinya keluar dari PN, ia bermakna, kepimpinan Muhyiddin akan berakhir.
Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perdana Menteri harus mengundurkan diri dari Kabinetnya atau meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Dewan.
Setakat ini, Ahli Parlimen UMNO menyumbang sebahagian besar penggubal undang-undang PN, dengan 38 daripada 115 kerusi di Dewan Rakyat, walaupun seorang (Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub) telah menarik sokongannya kepada Perdana Menteri pada 9 Januari lalu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz juga telah menarik sokongannya pada 11 Januari, tetapi menyatakan kesetiaannya semula pada Jumaat lalu.
Ini memberikan Muhyiddin majoriti tipis, dengan sokongan hanya 114 dari 220 Ahli Parlimen hari ini.
Manakala, kerusi Batu Sapi dan Gerik kosong berikutan kematian penyandang masing-masing.
Walaupun Muhyiddin merancang untuk mendapatkan majoriti Ahli Parlimen UMNO, namun ia kelihatan sukar.
Sebilangan anggota Parlimen UMNO ini dikatakan percaya bahawa Parlimen tidak boleh dibubarkan dan pilihan raya tidak boleh diadakan selagi COVID-19 masih berleluasa.
Bagaimanapun, jika parti itu bertindak berdasarkan mandat yang diberikan oleh perwakilan dalam mesyuarat tahunannya, tiga bulan lalu, maka rakyat Malaysia akan segera keluar untuk memberikan suara, walaupun jumlah jangkitan harian COVID-19 yang tinggi.
Berita Penuh : https://www.getaran.my/artikel/politik/7435/pemerintahan-muhyiddin-akan-berakhir-jika-5-ahli-parlimen-umno-menarik-sokongan
BACA JUGA : Wan Fayshal nafi laporan berita akan bertanding Bagan Serai