Panas !!! 4 minggu alami gangguan air, pengguna di Kota Bharu ini luah kemarahan

Penduduk

4 minggu alami gangguan air, pengguna di Kota Bharu ini luah kemarahan.Pagi ni aku memang tak boleh nak tahan marah dah!

Kami di Kota Bharu (lebih spesifik lokaliti Desa Rahmat) dah 4 minggu mengalami gangguan air. Dah 4 hari air tak masuk langsung ke rumah walaupun setitik
Jiran-jiran dah buat aduan berminggu-minggu lepas, tapi saya baru buat minggu lepas melalui sistem PINTAS

Tapi aduan saya TAK DIBALAS langsung

Akhirnya saya ambil ikhtiar untuk berkongsi di media sosial sambil ‘tag’ mereka yang berkenaan dalam isu ni seperti Menteri Kasa Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Air Kelantan Official dan Pusat Khidmat DUN Tanjong Mas – Prihatin Berkebajikan YB Kak Ani

Dalam aduan tu, saya tak masuk langsung sentimen politik walaupun hati ni geram masalah air ni tak selesai-selesai bawah kerajaan sedia ada. Saya fokus menyampaikan keluhan dan rungutan penderitaan kami yang tak dapat langsung bekalan air.

minggu

Tapi yang sambut balas keluhan saya hanya SPAN. Mereka minta maklumat lanjut dan akan bawa isu ini ke SPAN Negeri Kelantan supaya isu ni ditangani segera. Tiada maklum balas langsung dari admin FB Menteri Kasa mahu pun dari Pusat Komuniti DUN Tanjong Mas

Beberapa jam lepas tu, baru AKSB call. Beritahu yang saya adakan buat aduan sebelum ni. Dalam hati terkejut baru hubungi follow up case. Mungkin ni atas bantuan SPAN
AKSB minta maaf atas masalah air berlaku dan berjanji akan hantar bekalan air ke rumah.

Tapi sampai sekarang TIADA lori air hantar air dan masih tiada bekalan air

Tiba-tiba pagi ni dalam group whats app, ada yang berkongsi berita Harakahdaily main isu gangguan bekalan air di Lembah Klang sudah terlalu kerap terjadi bagaikan tiada kesudahan

Geram sangat bila baca!

Isu negeri lain pantas dijadikan berita untuk diulas. Isu kritikal yang berlaku di Kelantan sekarang ni dan sudah sekian lama langsung tak nak ulas

Sekurang-kurangnya gangguan air di Selangor diberi notis awal dan masalah dijangka hanya berlarutan 4 hari.

Nak berpolitik dulu pun, tengok dulu masalah sendiri dulu. Kami ni dah 4 minggu air takde air. Janji nak hantar air pun tak sampai-sampai

Tak tahu nak sampaikan keluhan ni kat mana dah

Sumber:

BACA: PRN Melaka : Pemimpin Pas pertikai pendirian Zahid bertanding sendirian

COMMENTS

Wordpress (0)