Panas !!! 28 Ahli Parlimen Umno bakal digantung, pecat

Ahli Parlimen Umno yang membelakangi parti untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) berdepan risiko tindakan disiplin, kata seorang pemimpin parti itu memberi amaran.

Pemimpin yang enggan didedahkan itu berkata, perlembagaan Umno menetapkan bahawa setiap ahli harus mengikut peraturan dan taat kepada setiap keputusan parti.

“Mereka yang melanggarnya sama ada boleh digantung, dipecat atau dihalang memegang apa-apa jawatan dalam parti atau dilarang mewakili parti dalam pilihan raya,” katanya pemimpin itu kepada FMT.

“Perlembagaan jelas mengenai pematuhan setiap tatacara dan dasar parti.”

ahli parlimen

Amaran itu dibuat susulan dua Ahli Parlimen Umno, Idris Jusoh dan Ismail Abd Muttalib mengisytiharkan akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dua hari lalu, Umno menarik sokongan kepada kerajaan pimpinan PN dan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi turut mendedahkan beberapa Ahli Parlimennya sudah menandatangani akuan berkanun (SD) bahawa mereka menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Difahamkan, Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diberikan surat tunjuk sebab.

Sumber itu turut menyuarakan sentimen dua ketua bahagian itu dan memberi amaran supaya Ahli Parlimen mematuhi peraturan parti dan taat kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Keputusan penarikan sokongan kepada PN dilakukan tidak sampai sebulan selepas Umno secara rasminya menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Ia menyebabkan pentadbiran Muhyiddin goyah apabila beliau didakwa telah hilang sokongan majoriti.

Umno mempunyai 38 Ahli Parlimen termasuk mereka yang dilantik dalam Jemaah Menteri.

Pakatan Harapan mempunyai 88 Ahli Parlimen manakala Pejuang pula empat orang, dengan gabungan pembangkang dan parti pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang menentang PN.

Bagaimanapun, Muhyiddin tetap menegaskan beliau memiliki sokongan majoriti dan berjanji kerajaannya akan membentangkan usul percaya di Dewan Rakyat bulan depan untuk menguji sokongan itu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/06/ahli-parlimen-umno-belakangi-parti-berdepan-risiko-digantung-dipecat/

BACA JUGA : Gempar !!! Hanya 19 MP BN sokong Muhyiddin tunjuk muka