Panas !!! 2,500 guru enggan divaksin

Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk tidak membenarkan kumpulan guru yang enggan atau masih belum menerima vaksin COVID-19 terlibat dalam sesi pengajaran di dalam kelas serta berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menegaskan, tindakan itu dibuat bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat untuk kumpulan pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah.

Menurut beliau, setakat ini pihak KPM telah mengenal pasti 2,500 orang guru yang enggan menerima vaksin di seluruh Malaysia atas faktor kesihatan serta sebab-sebab lain seperti tidak yakin dan sebagainya.

2,500 guru enggan divaksin

Menurut Radzi, penelitian lanjut berhubung kaedah dan tugasan yang akan dilakukan guru-guru berkenaan ketika sesi persekolahan berlangsung juga sedang direncanakan oleh KPM ketika ini.

Susulan itu, beliau berkata, kementerian akan melaksanakan sesi libat urus bersama tenaga pengajar terbabit selain perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat dalam menentukan tindakan yang sewajarnya diambil ke atas mereka.

Tambah Radzi, penelitian lanjut berhubung kaedah dan tugasan yang akan dilakukan guru-guru berkenaan ketika sesi persekolahan berlangsung juga sedang direncanakan oleh KPM ketika ini.

“(Setakat ini) ada sekitar 2,500 orang guru yang pada waktu ini enggan divaksinkan… kita akan terus adakan sesi libat urus bersama guru ini dan apabila sekolah dibuka kelak.

“Guru-guru yang tidak divaksin ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas dan berinteraksi dengan pelajar.

“KPM (juga) akan keluarkan panduan dan pada masa sama kita sedang berbincangan dengan pihak JPA tentang apakah tindakan yang boleh diambil kepada guru yang masih belum divaksinkan ini,” kata beliau.

Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas sesi libat urus bersama pihak pengurusan sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah negeri Perlis di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa sebanyak 96.7 peratus guru di seluruh Malaysia telah menerima vaksin dos pertama manakala 85.26 peratus, telah menerima suntikan dos kedua.

Bagi kalangan pekerja perkhidmatan sokongan melibatkan pengusaha kantin, pekerja pembersihan dan keselamatan pula, kata beliau, sebanyak 89.35 peratus dalam kalangan mereka telah menerima suntikan vaksin dos pertama, manakala 73.1 peratus menerima dos kedua.

Jelasnya, jumlah peratusan berkenaan akan meningkat menjelang tarikh pembukaan sekolah pada awal bulan depan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/2500-guru-enggan-divaksin-tidak-dibenar-mengajar-secara-bersemuka-radzi-317666

BACA JUGA : Lelaki meninggal dunia setelah dilapor rebah ketika jogging