Panas !!! 2 pemimpin Pas gugur dari kabinet

Umno

2 pemimpin Pas gugur dari kabinet.Dua pemimpin Pas hilang dari Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub apabila nama Datuk Dr Khairuddin Aman Razali dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi hilang tiada dalam pengumuman kabinet pagi ini.

Kedua-duanya digantikan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) manakala Datuk Nik Zawawi Salleh dilantik sebagai timabalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Khairuddin sebelum ini dikaitkan dengan tindakan menjual tanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM), dikaitkan dengan kes satu sekatan jalan raya serta melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri.

 pemimpin

Che Abdullah pula hilang jawatan timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani selepas terlibat dalam perkahwinan dengan isteri ketiga beliau secara online ketika kerajaan mengenakan PKP penuh di seluruh negara.

Namun begitu, Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan masih kekal dalam kabinet walaupun nama beliau dikecam dalam satu kenyataan Yang Dipertuan Agong sebelum ini.

Takiyuddin ditukarkan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/2-pemimpin-pas-hilang-dari-kabinet-selapas-dikaitkan-dengan-kecaman-awam/

BACA: Kerajaan negeri Sabah dilihat ‘lemah’ hadapi lonjakan kes Covid-19

COMMENTS

Wordpress (0)