Pakej rangsangan ekonomi PN perlu dibentang di Parlimen untuk elak ketirisan

Betapa beruntungnya kerajaan PN. Hanya melalui pengumuman dan perutusan sahaja sudah cukup memberikan rangsangan ekonomi kepada rakyat. Persoalannya dari mana kerajaan PN dapat duit? Dari kelulusan mana kerajaan umum itu dan ini?

Sebelum ini setiap pengumuman melibatkan kewangan dan perbelanjaan kewangan negara dibentangkan di dalam parlimen untuk dibahas dan diluluskan. Nampaknya zaman kerajaan PN yang baru 3 bulan dah umum dan berbelanja ikut suka hati. Lulus tak lulus, kewangan negara cukup atau tidak, tak di peduli

Persoalannya juga, jumlah yang diumumkan oleh kerajaan boleh dipertikaikan. Sebagai contoh kerajaan umumkan bantuan sekian sekian dengan jumlah RM1000( jumlah kecil senang buat contoh). RM400 sampai kepada rakyat baki RM600 lagi ke poket sendiri. Macam-macam boleh jadi. Macam-macam persepsi boleh timbul.

Sebab tu perlu dibentangkan, dibahas dan diluluskan di Parlimen. Perlu ada sidang parlimen. Bukan main umum macam tu sahaja. Apa guna parlimen kalau kerajaan nak umumkan ikut suka hati.

YNWA……