Pakcik sedekah 2 mesin dialisis harga RM80k, rupanya dia baru lepas ‘jackpot’ 6 angka!

Pakcik sedekah 2 mesin dialisis harga RM80k, rupanya dia baru lepas ‘jackpot’ 6 angka! BEKERJA sebagai pekerja pembersihan mungkin bergaji kecil.

Namun lelaki ini mempunyai hati dan jiwa yang besar apabila memasang impian untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Begitulah perjalanan hidup individu dikenali sebagai Kali apabila dia mewakafkan dua mesin dialisis berharga RM80,000 ke sebuah pusat dialisis menggunakan wang hasil jualan tanah.

Bercakap kepada mStar, perunding hartanah yang bertanggungjawab menjual tanah milik Kali iaitu Izhar Azimat, 57, berkata, hasrat pelanggannya untuk mewakafkan mesin dialisis untuk pesakit buah pinggang itu disuarakan pelanggannya itu sejak awal tahun lalu.

Pakcik sedekah 2 mesin dialisis harga RM80k, rupanya dia baru lepas 'jackpot' 6 angka!
Hantaran Izhar di Facebook mengenai Kali menarik perhatian ramai.

Namun katanya, hasrat Kali atau Kalipulizan hanya dapat direalisasikan selepas setahun, setelah mengambil kira proses menjual tanah dan tempahan mesin dialisis berkenaan.

Baca Artikel Penuh