Pakailah pelitup muka walaupun nak bergambar – KJ

Pengabaian orang ramai terhadap pemakaian pelitup muka ketika bergambar di ruang tertutup mencetuskan kebimbangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau mengkritik segelintir orang ramai yang memuat naik gambar di media sosial tanpa pemakaian pelitup muka sedangkan Malaysia masih lagi bergelumang dan bertarung dengan penularan virus COVID-19.

Pakailah pelitup muka walaupun nak bergambar - KJ

Khairy Jamaluddin

“Peningkatan gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial tanpa pemakaian pelitup muka nampaknya sangat membimbangkan.

“Saya tahu anda semua sudah lama tak jumpa dan ingin merakam gambar kenangan. Tapi kita bukan keluar dari hutan walaupun sejauh sebatu.

“Hakikatnya kita masih berperang dengan pandemik ini. Sila pakai pelitup muka,” rayu Khairy di Instagramnya.

Sebelum juga Menteri Kesihatan itu sudah menegaskan walaupun negara memasuki fasa endemik, rakyat masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melakukan kawalan kendiri kerana langkah itu akan membolehkan pelbagai sektor dalam negara dibuka manakala kehidupan rakyat berfungsi seperti sedia kala dalam norma baharu

Khairy juga berkata, walaupun kerajaan akan mengumumkan SOP yang dipermudah namun tiada rancangan untuk melonggarkan pemakaian wajib pelitup muka.

BACA JUGA : Wanita maut terjun pangsapuri, tulis nota ‘terakhir’ mahu derma organ

COMMENTS

Wordpress (0)