Pakai seluar dalam jadi pelitup muka, penumpang diusir dari pesawat

Seorang penumpang dipaksa keluar dari sebuah penerbangan di Florida, Miami kerana bertegas memakai sehelai seluar dalam berwarna merah menjadi pelitup muka sebagai mematuhi peraturan Covid-19, lapor media tempatan semalam.

Adam Jenne, 38, diminta meninggalkan pesawat berkenaan sebelum ia berlepas dari lapangan terbang Fort Lauderdale.

Jenne memberitahu saluran berita tempatan, NBC2 bahawa dia mahu menunjukkan ‘kebodohan’ untuk memaksa penumpang memakai pelitup muka sedangkan mereka dibenarkan membukanya semasa makan ataupun minum di dalam pesawat.

Pakai seluar dalam jadi pelitup muka, penumpang diusir dari pesawat

SEORANG penumpang memakai seluar dalam sebagai pelitup muka semasa menaiki sebuah penerbangan di Florida.

Klip video insiden semalam itu dirakam oleh seorang penumpang lain. Ia menunjukkan kru -kru penerbangan memaklumkan kepada Jenne bahawa dia tidak dibenarakan berada di dalam pesawat selagi bertegas memakai seluar dalam pada wajahnya.

Selepas berbincang panjang lebar, dia akhirnya meninggalkan tempat duduknya dan keluar dari pesawat berkenaan.

“Jika seluar dalam boleh melitupi muka, maka ia telah melakukan tugasnya sebagai pelitup muka,” kata Jenne.

BACA JUGA : Tun M dimasukkan ke IJN
Kita mungkin perlukan dos keempat vaksin Covid-19 – CEO Pfizer

Artikel ini disiarkan pada 17/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)